Kunjungan Ke Kolej Kominiti Paya Besar
10 Disember 2018 (KUIPSAS) – KUIPSAS mengadakan kunjungan ke Kolej Komuniti Paya Besar pada hari ini bermula jam 10.30 pagi dan disertai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Rosli bin Omar, Pegawai Psikologi, Dr. Sharafudin Aisa bin Osman dan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar.
Kunjungan dilakukan bertujuan untuk membincangkan peluang mengadakan program kemahiran pelajar di samping mewujudkan Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Kolej Komuniti Paya Besar. Hasil dari perbincangan, Kolej Komuniti Paya Besar telah bersetuju untuk memberi latihan kemahiran kepada pelajar dan staf-staf KUIPSAS mengikut keperluan pihak KUIPSAS.






24 November 2018 (KUANTAN) – KUIPSAS telah mengadakan Kursus Hospital Mesra Ibadah (HMI) bertempat di Dewan Barakah KUIPSAS dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Kursus ini diadakan dengan kerjasama Badan Nadwah Islamiyah (NADWAH) dan telah dirasmikan oleh Encik Khairul Anuar, Timbalan Pengerusi NADWAH.





22 November 2018 (PUTRAJAYA) – Pelajar KUIPSAS telah menyertai program Karnival Dakwah Masjid (Pentas Dai’e Diskusi Mahasiswa) yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari ini. Program yang bermula pada jam 9 pagi itu dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


20 Nov 2018 (KUANTAN) – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Tahun 1440H/2018 anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan pada hari ini yang bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”. Program ini diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah SAW dan menghayati perjuangan Bagi





15 November 2018 (JOHOR BAHRU) – KUIPSAS tidak pulang dengan tangan kosong dalam Karnival Amal Islami Institusi Pengajian Islam Malaysia (IPTIM) 2018 Peringkat ASEAN yang berakhir hari ini. Karnival Amal Islami IPTIM 2018 Peringkat ASEAN yang diadakan di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Johor Bahru berlangsung selama 4 hari dan disertai oleh 11 IPT Islam.







4 November 2018 (KOTA BHARU) – KUIPSAS tampil cemerlang dalam Kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Zon Timur 2018 apabila muncul Naib Juara Keseluruhan. KUIPSAS menampilkan 45 orang atlit serta 10 orang pegawai telah menyertai 5 acara sukan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong dan Catur. MASISWA 2018 Zon Timur diadakan di Kolej Islam Antarabangsa S










25 Oktober 2018 (KAHERAH MESIR) – Kunjungan Hormat KUIPSAS yang diketuai oleh YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS ke negara Mesir baru-baru ini telah berjaya mencapai objektifnya. Beberapa urusan kerja yang dirancang telah berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Bermula dengan penghantaran 15 orang pelajar KUIPSAS yang diterima menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Mu

8 Oktober 2018 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima kunjungan daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP). Delegasi MTNP diketuai oleh YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifli bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif dan disertai 5 orang anggota yang lain.
24 September 2018 (MESIR) – KUIPSAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Muhammad Syafie Bin Ismail, graduan KUIPSAS yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir. Syafie melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar hasil pengiktirafan dan MoU yang diperolehi oleh KUIPSAS daripada Universiti Al-Azhar dan membolehkan



