Tahsinul Al-Quran Di Jengka
26 April 2019 (JENGKA) – Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jengka menganjurkan Program Tahsinul Quran bertempat di Dewan PAID Jengka. Program dipimpin oleh Ybhg. Dr. Mohamed Ebrahim Elserbiny Ahmed Saqr dan disertai oleh kakitangan PAID Jengka dan pegawai-pegawai masjid dalam daerah Jengka. Turut hadir ialah Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Tuan Ahmad Zaharuddin bin Mohd Alias.



23 April 2019 (RAUB) – Persatuan Pelajar Dakwah KUIPSAS telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) kali ke-6 bertempat di Kampung Hulu Dong, Raub. Program selama 4 hari ini disertai seramai 40 orang pelajar Jabatan Dakwah.














10 April 2019 (CAMERON HIGHLANDS) – KUIPSAS sekali lagi menganjurkan ekpedisi mendaki gunung dan disertai oleh pensyarah dan kakitangannya. Kali ini, KUIPSAS memilih Gunung Berembun yang terletak di Cameron Highland bertujuan untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para peserta ekspedisi serta mengukuhkan semangat berpasukan.












21 Mac 2019 (KUCHING) – KUIPSAS mengadakan Kunjungan Hormat ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada hari ini bagi meneroka ruang kerjasama di antara kedua-dua pihak. Kunjungan Hormat ini disambut oleh Ybhg. Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah IKMAS dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan IKMAS. Delegasi KUIPSAS terdiri daripada En. Muhammad Hafiz bin Yaakob (Dekan FPP), Ustaz Ainudd






17 Mac 2019 (KUANTAN) – Serentak dengan Majlis Pelancaran KUIPSAS Tenpin Bowling Club, Kejohanan Bowling Piala Rektor 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang disertai 38 orang pensyarah dan kakitangan KUIPSAS ini diadakan di Playground 6 Semambu, Kuantan. Pendaftar KUIPSAS, En. Mohd Zamri bin Wahab telah mewakili Rektor untuk melancarkan KUIPSAS Bowling Tenpin Club serta merasmikan kejohanan pada kal











6 Mac 2019 (KUANTAN) – Seramai 16 orang anggota kerja KUIPSAS menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018 pada hari ini. Majlis yang diadakan di Dewan Utama KUIPSAS bermula jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh semua anggota kerja KUIPSAS.






4 Mac 2019 (TANJONG MALIM) – KUIPSAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersetuju untuk berkerjasama bagi menawarkan program pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD). UPSI akan menawarkan program yang dinamakan SmartPhD dan KUIPSAS akan menyediakan tempat pengajian. Mod pengajian secara penyelidikan ini akan menyaksikan pensyarah-pensyarah UPSI hadir ke KUIPSAS untuk mengendalikan kursus dan bi

2 Mac 2019 (TEMERLOH) – Program Jelajah OKU Muqarrabun yang bertempat di Masjid Baru Daerah Temerloh telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Program yang julung kali diadakan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan (PERTIS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Masjid Baru Daerah Temerloh dan RTM Pahang ini mengumpulkan lebih 200 orang penggerak ora

