Rektor Bentang Perancangan 2020
12 Disember 2019 (KUANTAN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainl Abidin membentangkan Perancangan KUIPSAS Tahun 2020 yang hendak dicapai dalam Amanat Rektor yang disampaikannya dalam program Perhimpunan Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang dan Cintai Negara bulan Disember. Perhimpunan yang diadakan di Auditorium KUIPSAS itu dihadiri oleh semua Anggota Kerja KUIPSAS.
Sebanyak 14 Perancangan Tahun 2020 disampaikan oleh beliau kepada AKK. Di antaranya ialah menjadikan KUIPSAS sebagai IPT yang patuh syarak sepenuhnya, penambahan program akademik, penambahan jumlah pelajar, penyelidikan dan inovasi, Akademi Jawi Pahang, Akademi Hadith Sultan Abdullah, Darul Ifta al-Masriyyah dan menjadi Universiti Asnaf dan B40.
Dalam perhimpunan kali ini juga diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada ahli-ahli BAKKIP yang berjaya menamatkan pengajian serta yang menerima kelahiran cahaya mata yang baharu.














6 Disember 2019 (KUANTAN) – Sukan Ria BAKKIP 2019 melabuh tirai hari ini selepas semua atlet bertanding selama 4 hari. Semua warga KUIPSAS mewakili 4 pasukan iaitu Hijau, Merah, Kuning dan Biru. Sebanyak 8 acara dipertandingkan untuk kategori Lelaki iaitu Karom, Sepak Bulu Tangkis, Sepak Takraw, Bola Tampar, Tarik Tali, Ping Pong, Badminton dan Bola Sepak. Manakala bagi kategori Perempuan pula sebanyak 7 acara d















































15 November 2019 (MELAKA) – KUIPSAS tampil cemerlang dan memberikan saingan sengit dalam Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) kali ke-19 yang telah berakhir selepas berlangsung selama seminggu di Melaka. Pencapaian cemerlang kontinjen KUIPSAS terserlah selepas berada di tangga ke-6 pencapaian keseluruhan daripada 13 IPT yang mengambil bahagian pada edisi SUPTIM kali ke-19 ini.

























