Serahan 600 Lagi Face Shield

2 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini membuat serahan 600 lagi pelindung muka (𝘧𝘒𝘀𝘦 𝘴𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP). Serahan ini melengkapkan tugasan fasa 1 di bawah penyelarasan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang menetapkan KUIPSAS untuk menyediakan 1,000 unit pelindung muka tersebut.

Semoga bantuan yang diberikan oleh KUIPSAS dan sukarelawannya akan dapat melancarkan lagi gerak kerja petugas-petugas kesihatan barisan hadapan di fasiliti-fasiliti kesihatan dalam negeri Pahang ini.

 

KUIPSAS Serah Face Shield Kepada Jabatan Kesihatan

01 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menyerahkan 400 unit pelindung muka (𝘧𝘒𝘀𝘦 𝘴𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di lobi jabatan itu hari ini. Pelindung muka ini disediakan selama dua hari oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sambil dibantu oleh sukarelawan pelajar KUIPSAS.

Serahan pelindung muka ini dilakukan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan)
JKNP, YH. Dato Khairur Rizal bin Ramli. Pelindung muka ini akan digunakan oleh petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan yang setiap hari memerlukan peralatan yang lengkap bagi mengekang penularan wabak Covid-19 pada masa ini.

 

Setiausaha Kerajaan Pahang Tinjau Kerja Sukarelawan KUIPSAS Sediakan Face Shield

31 Mac 2020 (KUANTAN) – Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Sri Dr. Salehuddin bin Ishak meluangkan masa meninjau kerja-kerja menyediakan pelindung muka (𝘧𝘒𝘀𝘦 𝘴𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯) yang ditugaskan kepada KUIPSAS pada hari ini. Beliau turut diiringi Timbalan SUK (Pengurusan), YH. Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim dan Pengarah Tanah Dan Galian Pahang, YH. Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh.

Kerja-kerja penyediaan pelindung muka yang dilakukan di Dewan Barakah KUIPSAS ini telah masuk hari kedua dan dilakukan bersama-sama oleh sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta siswa siswi KUIPSAS yang tinggal di asrama sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sehingga kini, sebanyak 400 unit pelindung muka sudah siap disediakan dan sukarelawan KUIPSAS akan menyediakan 600 unit lagi bagi mencukupkan jumlah 1,000 unit yang ditugaskan kepada KUIPSAS.

Terdahulu sebelum itu, kakitangan HEPA yang diketuai oleh Timbalan Rektor HEPA, YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman telah diberikan taklimat dan latihan ringkas oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) bagi memastikan pelindung muda yang disediakan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta berupaya untuk melindungi penggunanya daripada penyebaran virus dan penyakit.

Menurut Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, KUIPSAS dan kumpulan sukarelawannya sentiasa bersedia untuk menyumbangkan tenaga kerja bagi menyediakan pelindung muka ini pada bila-bila masa diarahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Namun, KUIPSAS berharap bahan bekalan disediakan dengan mencukupi supaya lebih banyak pelindung muda dapat disediakan dengan kadar segera oleh para sukarelawan.

Semua pelindung muka yang sudah siap disediakan akan diserahkan terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) sebelum diagihkan kepada fasiliti kesihatan di negeri Pahang bagi digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan (𝘧𝘳𝘰𝘯𝘡𝘭π˜ͺ𝘯𝘦𝘳𝘴) yang bertugas bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku pada masa sekarang.

 

Link Video : https://www.facebook.com/pahang.gov/videos/910042242799801/

 

KUIPSAS Mula Hasilkan Face Shield

30 Mac 2020 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan ‘𝘍𝘒𝘀𝘦 𝘚𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯’ untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘡𝘭π˜ͺ𝘯𝘦𝘳𝘴’ bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang.

Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang. ‘𝘍𝘒𝘀𝘦 𝘚𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯’ yang telah siap kemudiannya nanti akan diserahkan kepada Pejabat SUK Pahang sebelum diagih-agihkan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘡𝘭π˜ͺ𝘯𝘦𝘳𝘴’.

Gerak kerja yang lebih menyeluruh bagi mencapai bilangan sasaran harian yang ditetapkan akan dilakukan selepas ini dengan memanfaatkan tenaga-tenaga sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di asrama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.

 

Bank Islam Prihatin, Hulur Sumbangan

27 Mac 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS terus mendapat perhatian daripada masyarakat yang sangat prihatin kepada kebajikan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Hari ini, Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Mahkota Square Kuantan tampil menghulurkan sumbangan barangan keperluan untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar KUIPSAS.

Serahan sumbangan dilakukan sendiri oleh Pengurusnya, Hj. Rosdi Ab Rahim dan diterima oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin serta turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan KUIPSAS.

Rektor Ziarahi Pelajar Penghuni Rumah Sewa

26 Mac 2020 (KUANTAN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin menziarahi pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di rumah-rumah sewa di sekitar Kuantan. Ziarah diadakan untuk melihat sendiri keadaan semasa pelajar-pelajar bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa dijaga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.

#rumahsewaΒ #kuipsasΒ #perangicovid19Β #dudukrumahΒ #stayathomeΒ #kitajagakitaΒ #kuipsasdihatimuΒ #kuipsasbumibarakah

 

YaPEIM Hulur Sumbangan

26 Mac 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Program Foodbank YaPEIM 2.0 (Ready To Eat) dan inisiatif #MusaadahCovid19.

Sebanyak 70 pek sumbangan telah diterima dan dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar KUIPSAS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.

Terima kasih YaPEIM dan Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.

YaPEIM (Official)

#yapeimΒ #ingatkebajikaningatyapeimΒ #MUSAADAHCOVID19Β #perangicovid19Β #dudukrumahΒ #kuipsasΒ #kuipsasbumibarakah

 

MRA Pahang Agih Sumbangan

25 Mac 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menerima sumbangan daripada Malaysian Relief Agency (MRA) Negeri Pahang pada hari ini. Sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan harian ini disampaikan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman.

MRA Pahang merupakan sebuah NGO Bantuan Kemanusiaan yang sentiasa menyampaikan sumbangan kepada orang ramai yang terjejas disebabkan bencana yang berlaku. Sumbangan yangΒ disampaikan hari ini akan dimanfaatkan oleh KUIPSAS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini.

 

Exco Kerajaan Negeri Pahang Ziarah Pelajar KUIPSAS

24 Mac 2020 (KUANTAN) – Para pelajar yang kekal tinggal di asrama hari ini menerima kunjungan daripada YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB) meluangkan masa kira-kira satu jam untuk melihat sendiri pengurusan kebajikan yang disediakan oleh KUIPSAS kepada pelajar-pelajar yang berada di asrama. Beliau juga beramah mesra bersama pelajar-pelajar dan memberikan nasihat serta motivasi kepada mereka.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan kewangan bagi menampung kos penyediaan makanan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini. Kunjungan YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim ini disambut oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman serta turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan KUIPSAS.

 

MUIP Salur Sumbangan Kepada kakitangan Dan Pelajar

24 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan sebanyak 100 pek kepada warga KUIPSAS. Sumbangan tersebut kemudiannya diagihkan kepada kakitangan KUIPSAS terpilih dan pelajar-pelajar yang tinggal di rumah-rumah sewa.

Agihan telah dilaksanakan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Pendaftar, En. Mohd Zamri binΒ Wahab dan Penolong Pendaftar Sumber Manusia, En. Mohd Hider bin Othman. Sumbangan ini telah dapat membantu para penerima dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada masa ini.

 

ms_MYMalay