Misi Ke-9 Bantuan Banjir Di Pekan

19 Januari 2021 (PEKAN) – Sukarelawan KUIPSAS meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-9 hari ini di daerah Pekan dengan membuat kerja-kerja pembersihan rumah keluarga kakitangan KUIPSAS yang terjejas banjir di Kampung Pulau Manis dan Kampung Tanjung Pulai.
Seramai 25 orang sukarelawan diketuai Rektor menyertai misi kali ini. Selain membersih rumah, Rektor KUIPSAS turut menyerahkan barangan sumbangan kepada keluarga kakitangan KUIPSAS tersebut.

KUIPSAS Sertai Sukarelawan Agensi Islam Negeri Pahang Laksana Misi Ke-8

18 Januari 2021 (CHENOR) – Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-8 diteruskan dengan menyertai Sukarelawan Agensi Islam Negeri Pahang melaksanakan tugasan di kawasan Chenor Maran. Penyelarasan oleh Pejabat Agama Islam Chenor ini memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan bangunan SAR KAFA di kawasan tersebut.
Selain sukarelawan KUIPSAS, misi bantuan turut disertai oleh sukarelawan dari MUIP, JAIP, Jabatan Mufti, MTNP, PAID dan PKZ.

Misi Ke-7 Serahan Bantuan Di Kampung Sungai Siam

17 Januari 2021 (JERANTUT) – Misi Bantuan Pasca Banjir KUIPSAS diteruskan di Kampung Sungai Siam, Jerantut hari ini dengan penyerahan barang-barang keperluan kepada penduduk terjejas bencana banjir.
Barang-barang keperluan adalah hasil sumbangan Anggota Kerja KUIPSAS semasa Program Tazkirah Duha KUIPSAS pada hari Jumaat sebelumnya. Barang-barang keperluan juga disumbangkan oleh ahli kariah Masjid Taman Guru dan Masjid Sungai Isap.

Misi Ke-6 Diteruskan, KUIPSAS Sertai Sukarelawan Pahang

15 Januari 2021 (TEMERLOH) – Pasukan Sukarelawan KUIPSAS Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 hari ini menyertai Sukarelawan Pahang yang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu penduduk negeri Pahang yang terjejas kerana bencana banjir.
Flagship Program Sukarelawan Pahang diadakan di Kampung Pengkalan Jaya, Lebak, Temerloh dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan disertai oleh sukarelawan daripada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pahang.
Sukarelawan Pahang KUIPSAS seramai 15 orang diketuai Rektor berada di Taman Sri Lebak dan mencuci rumah Hj. Raja Ibrahim yang dinaiki air banjir. YAB. Menteri Besar Pahang turut berada di lokasi dan memberikan ucapan penghargaan kepada Sukarelawan Pahang KUIPSAS.

Misi Ke-5 Di Kampung Teluk Mahang

14 Januari 2020 (KUANTAN) – Kawasan berdekatan kampus KUIPSAS turut terjejas dengan banjir yang melanda daerah Kuantan. Pasukan Sukarelawan Misi Bantuan Pasca Banjir KUIPSAS menggerakkan misi ke-5 ke Kampung Teluk Mahang, Kuantan. Seramai 15 orang sukarelawan telah membantu membersihkan rumah warga emas di kampung ini.

 

 

Misi Ke-4 Sukarelawan Pasca Banjir KUIPSAS Di SK Pulau Pasir Mandi

13 Januari 2021 (TEMERLOH) – Pasukan Sukarelawan KUIPSAS hari ini meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir kali ke-4 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Kerdau dalam daerah Temerloh. Banjir yang melanda kawasan Kerdau turut menyebabkan bangunan tingkat bawah dan kawasan persekitaran sekolah ini dipenuhi lumpur.
Seramai 30 orang sukarelawan KUIPSAS yang diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin telah pergi ke lokasi dan melakukan kerja-kerja membersihkan sekolah. Turut sama dalam kerja mencuci di sekolah ini ialah sukarelawan daripada Majlis Belia Negeri Pahang, Bomba Sukarela dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bengkel Pembinaan Dan Pemurnian Dasar Penyelidikan & Inovasi

12 Januari 2021 (KUANTAN) – Bahagian Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) KUIPSAS mengadakan Bengkel Pembinaan Dan Pemurniaan Dasar Penyelidikan dan Inovasi selama dua hari berakhir hari ini di Dewan Barakah KUIPSAS.
Bengkel ini didadakan bertujuan untuk merangka dan membina dasar-dasar dan garis panduan bagi hal ehwal penyelidikan dan inovasi supaya sesuai dengan visi dan misi KUIPSAS serta mendapatkan sudut pandangan pakar dalam pembinaan dasar penyelidikan.
Dasar dan garis panduan dilihat penting bagi memastikan Bahagian HEPI berada pada landasan yang betul dan terpandu dengan menyediakan rujukan tata urus dan tata kerja yang jelas dan bersistem supaya aktiviti pembangunan penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan oleh HEPI dapat ditadbir urus secara efektif.
Bengkel disertai 24 orang pegawai HEPI dan dikendalikan oleh YBrs. Dr. Muhamad bin Mat Noor dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) selaku Penilai Luaran dan dibantu oleh 2 orang Penilai Dalaman.

Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-3

11 Januari 2021 (JERANTUT) – Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-3 digerakkan hari ini di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut. Seramai 20 orang tenaga sukarelawan KUIPSAS menghulurkan bantuan dalam misi kali ini.
Misi bantuan ditumpukan dengan kerja-kerja mencuci dan membersihkan Asrama Putera SMAPT yang telah ditenggelami banjir pada minggu lepas. Selain itu, serahan sumbangan naskah Al-Quran, sejadah dan kain telekung turut disampaikan kepada pihak pengurusan sekolah.

Sukarelawan KUIPSAS Mulakan Misi Bantuan Pasca Banjir

8 Januari 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS menubuhkan Pasukan Sukarelawan bagi menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir. Lokasi pertama misi digerakkan ke rumah Puan Maszita bt. Mohd Dom yang terletak di Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan.

Dokumen Permohonan Universiti Penuh Siap Disediakan

24 Disember 2020 (KUANTAN) – Jawatankuasa Pemandu Menaik Taraf KUIPSAS Ke Universiti Penuh telah berjaya menyiapkan dokumen permohonan yang lengkap mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Dokumen yang disediakan selepas dibentang dan diperhalusi dalam bengkel pada awal Disember lalu akan diserahkan kepada KPT sebagai penyerahan rasmi permohonan menaik taraf KUIPSAS menjadi sebuah univeriti penuh pada 28 Disember 2020.
ms_MYMalay