Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) KUIPSAS – IAIN, KERINCI

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)
KUIPSAS – IAIN, KERINCI
Tarikh : 20 Ogos 2021
Masa : 10.00 pagi
LIVE ONLINE : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial

NADWAH PONDOK DAN TAHFIZ PAHANG 2021

| Tarikh : 19 Ogos 2021 | Hari : Khamis | Tempat : KUIPSAS Kuantan ( Online )

| Sempena sambutan Jubli Perak ke-25, KUIPSAS telah merangka pelbagai program antaranya NADWAH PONDOK PAHANG 2021. Program ini adalah cetusan bagi mendokong hasrat untuk menyediakan platform perbincangan ilmu dalam kalangan ilmuan agama, mahasiswa, para cendekiawan Islam dan masyarakat. NADWAH PONDOK PAHANG 2021 juga merupakan platform terbaik bagi mengangkat martabat para ulama dan cendekiawan Islam yang amanah dan ikhlas untuk memainkan peranan dalam memberi pencerahan ilmu dan kefahaman kepada masyarakat agar fenomena di atas dapat diatasi dengan bijaksana.

 

 

NADWAH PONDOK DAN TAHFIZ PAHANG 2021
Para pencinta ilmu dijemput untuk menyertai program Nadwah Pondok Dan Tahfiz Pahang 2021 yang akan diadakan seperti berikut :
Program ilmu ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Program akan disiarkan secara langsung di laman Facebook KUIPSAS fb.com/kuipsasofficial.
Ayuh, bersama-sama para ilmuwan dan pendukung institusi pondok dan tahfiz dalam sesi-sesi pembentangan seperti berikut :
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
SESI 1 – DAURAH KITAB 
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Saluran | klik link : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/977047336414603
Masa : 8.30 Pagi
Tajuk : Panduan dan Adab-Adab Menuntut Ilmu
Pembentang : Al-Fadil Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu Al-Makki
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
SESI 2 – MAJLIS PERASMIAN
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Saluran | klik link : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/977047336414603
Masa : 11.00 Pagi
Perasmi : YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
SESI 3 – PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Saluran | klik link : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/233514198650377
Masa : 2.00 Petang
Pembentang 1 : Syeikh Dr. Abdelkarim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawi
Tajuk : Pengaruh dan Penularan Pemikiran Anti Hadis Dunia Islam
Pembentang 2 : Syeikh Maulana Juhari bin Mohamad Ali Al-Jenderaqi
Tajuk : Sumbangan Pengajian Pondok Dalam Dunia Pendidikan
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
SESI 4 – TAUSIYAH MURABBI
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Saluran | klik link : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/254924729802844
Masa : 9.00 Malam
Ucaptama : YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Pembentang : Al-Fadil Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu Al-Makki
Tajuk : Tazkiyyah al Nafs Menurut Pandangan Imam al Ghazali

Tujuh Tips Kekal Istiqamah Dalam Berhijrah

13 Ogos 2021 (KUANTAN) – Umat Islam perlu memasakkan niat yang jelas kerana Allah SWT dalam berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik sebagai seorang Muslim. Niat yang jelas akan mengekalkan kita dalam istiqamah selari dengan hadis Rasulullah SAW berkenaan hijrah adalah bergantung kepada niat yang betul.
Demikian menurut Ustazah Siti Marsitah Mohd Mokhtar, pensyarah Jabatan Dakwah KUIPSAS semasa menyampaikan Tazkirah Duha KUIPSAS secara dalam talian bertajuk ‘Tips Istiqamah Dalam Berhijrah’.
Menurutnya lagi, seorang Muslim perlu melazimi taubat kerana sifat manusia yang mudah lupa. Taubat akan membolehkan seseorang menyesali perbuatan lalu dan berazam untuk menjadi lebih baik.
Istiqamah berhijrah juga akan lebih berjaya jika dimulakan hijrah dengan perkara dan perbuatan yang mudah dan ringan. Hijrah yang terlalu drastik hanya akan membebankan diri. Kita tidak perlu tergesa-gesa dan tergopoh gapah kerana perbuatan tersebut adalah amalan syaitan.
Tips lain yang disampaikan oleh Ustazah Siti Marsitah ialah sentiasa berada dalam lingkungan yang baik, sentiasa menjaga solat, membanyakkan bacaan Al-Quran dan berdoa untuk terus istiqamah.

MQA Selesai Menilai Ijazah Multimedia

5 Ogos 2021 (KUANTAN) – Sesi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Secara Maya (MQAVA) bagi program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian selesai dijalankan selama dua hari oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
Ahli-Ahli Panel Penilai MQA terdiri daripada YBrs. TS. Dr. Jasni bin Dolah (Pengerusi Panel Penilai), YBrs. Prof Madya Dr. Muhammad Zaffwan bin Idris (Ahli Panel Penilai) dan juga Pn. Juliana binti Mohamed Salleh (Pegawai MQA).
Semoga program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian akan diberikan Akreditasi Penuh hasil daripada penilaian yang telah dilakukan.

ICONS 2021 | International Conference On Emerging Issues In Islamic Studies

Pada 29 Julai 2021 bersamaan 19 Zulhijjah 1442, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), KUIPSAS telah melaksanakan satu program bertaraf antarabangsa iaitu International Conference on Emerging Issues in Islamic Studies (ICONS2021) secara atas talian. Program ini juga merupakan program kolaborasi KUIPSAS Bersama Institut Agama Islam Negeri, Jambi, Indonesia, Universiti Prince of Songkla, Thailand dan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Seminar ini dijalankan dalam masa sehari iaitu sesi pembentangan selari diadakan pada sebelah pagi yang disertai oleh 32 orang pembentang dari dalam dan luar negara seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Majlis penutupan pula diadakan pada sebelah petang yang turut dirasmikan oleh YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah SSAP.,SIMP, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
Seminar ini juga turut disertai oleh 4 orang pembentang kertas kerja utama iaitu Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Prof. Dr. Anas Abu Ataa dari Universiti Zayed, Emirat Arab Bersatu, Dr Asa’ari Hussein, Rektor IAIN Jambi Dan Prof. Madya Dr Ibrahim Osman Narongraksakhet, Universiti Prince of Songkla. Kertas-kertas yang dibentangkan di seminar ini juga akan diterbitkan dalam Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari(JIMK), Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), Jurnal AL-Sirat, Journal of Islamic Studies Prince of Songkla, Al-Ishlah, Al-Tarbawi dan Al-Qisthu.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMERGING ISSUES IN ISLAMIC STUDIES (ICONS 2021)
KUIPSAS in collaboration with IAIN Jambi Indonesia, PSU Patani Thailand and UNISZA Terengganu Malaysia will be organizing ICONS 2021 as below :
Date : 29th July, 2021 (Thursday)
Time : 9.00 AM – 12.30 PM (Malaysia Time)
Link Live : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/588501805466342
CLOSING CEREMONY
INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMERGING ISSUES IN ISLAMIC STUDIES (ICONS 2021)
29th July 2021 (Thursday)
2.00 PM (Malaysia Time)
Keynote Speech 1
– – – – –
Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Minister of Religious Affair, Malaysia
“Panduan Fiqh Tentang Penggunaan Bahan Haram dalam Perubatan”
Keynote Speech 2
– – – – –
Prof. Dr. Anas Mustafa Abu Ata
Lecturer, Universiti Zayed, Emirat Arab Bersatu
“دور المسجد في المجتمع”
Keynote Speech 3
– – – – –
Dr. Abdullah Sahin
Lecturer, University of Warwick, England
“The Future of Islamic Education”
Keynote Speech 4
– – – – –
Dr. Asa’ari bin Husein, M.Ag
Rector, State Islamic Institute of Kerinchi, Jambi, Indonesia
“Sumber Daya Manusia dan Sejarah Tokoh di Kerinchi”
Keynote Speech 5
– – – – –
Assc. Prof. Dr. Ibrahim bin Osman Narongraksakhet
Lecturer, Faculty of Islamic Sciences, Prince of Songkla University, Thailand
“The Journey of Islamic Studies: Challenged and Challenging”
Closing Speech
– – – – –
Assc. Prof. Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, SMP., AMP
Rector of Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic University College (KUIPSAS)
Closing Address and Officiation Close
– – – – –
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah SSAP., SIMP.
Deputy President, Council of Islam and Malay Customs in Pahang (MUIP)

Pembayaran Zakat SPIPSB (KUIPSAS)

KUANTAN | 27 Jun 2021 | Sempurna sudah pembayaran zakat Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd (SPIPSB) dalam satu majlis beserta penerimaan sumbangan sebuah van. Setinggi tinggi menjunjung kasih kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang merangkap Canselor KUIPSAS dan Yang Dipertua MUIP atas kesudian mencemar duli menjayakan majlis ringkas ini.

 

Ibadah Korban KUIPSAS 1442H Berjalan Lancar

KUANTAN 21 JULAI 2021 | Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin turut bergotong royong melapah daging lembu ibadah korban di perkarangan Masjid KUIPSAS. 5 ekor lembu dan 3 ekor kerbau berjaya ditumbangkan. Turut serta menjayakan, beberapa orang kakitangan dan petugas melapah daging pada majlis korban tersebut.

 

Kelab Kokurikulum Bantu PKRC

26 Mei 2021 (KUANTAN) – Kelab-kelab pelajar yang bernaung di bawah Kokurikulum Wajib KUIPSAS seperti Kelab Khidmat Masyarakat dan Kelab Taekwando telah menyelaraskan bantuan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang beroperasi di KUIPSAS.
Sumbangan yang diterima daripada orang ramai dimanfaatkan oleh Kelab-Kelab Koko Wajib dengan menyediakan makanan dan minuman ringan untuk diagihkan kepada pesakit-pesakit di PKRC Kuantan.
Sumbangan diserahkan kepada Ketua Operasi PKRC KUIPSAS, Dr. Rohaya Bt Muda.

Bantu Palestin Melalui Jihad Ilmu

21 Mei 2021 (KUANTAN) – Kita boleh memainkan peranan membantu umat Islam di Palestin dengan melakukan Jihad Ilmu iaitu memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai sejarah dan perkembangan semasa di Palestin kepada orang ramai. Demikian menurut YBrs. Dr. Safiah binti Abd. Razak, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dalam Program Tazkirah Duha KUIPSAS bertajuk “Panggilan Jihad Di Bumi Palestin” pada pagi ini.
Tazkirah Duha KUIPSAS diadakan secara dalam talian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebahagian besar Anggota Kerja KUIPSAS sedang Bekerja Dari Rumah (BDR).
Menurut Dr. Safiah lagi, umat Islam juga boleh melakukan Jihad Harta dengan menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara Muslim di Palestin bagi meningkatkan rasa kebersamaan sesama umat Islam.

KUIPSAS Hantar Permohonan Tubuh Yayasan

11 Mei 2021 (PUTRAJAYA) – KUIPSAS telah melengkapkan dokumen permohonan untuk menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Amanah Tuanku Canselor (YATC). Dokumen tersebut telah dihantar oleh Bendahari KUIPSAS, Hj. Mohd Faizul Bin Abdul Hadi Nor sambil diiringi oleh Pegawai Khas Rektor, En. Wan Emril Nizam bin Wan Embong untuk didaftarkan ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.
Dokumen permohonan tersebut telah diserahkan kepada Puan Fathiah Nazihah Binti Muhamad Adli, Penolong Pengarah, Seksyen Dasar, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Yayasan Amanah Tuanku Canselor (YATC) ini apabila ditubuhkan secara rasmi nanti akan berperanan dalam memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS samada pelajar antarabangsa dan tempatan yang memerlukan bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan lebih sempurna.
ms_MYMalay