KUIPSAS Mula Langkah Awal Laksana Program Jarak Jauh

9 NOVEMBER 2021 (KUANTAN) – Dalam usaha meningkatkan akses terhadap program pengajian yang ditawarkan di KUIPSAS, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH) menganjurkan Bengkel Persediaan Pelaksanaan Program Secara Pembelajaran Terbuka Dan Jarak Jauh (ODL).Bengkel selama dua hari merupakan langkah awal yang diambil oleh PPSH KUIPSAS untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda sedia ada dalam bentuk ODL.Bengkel dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Azidah binti Abu Ziden, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE), Universiti Sains Malaysia (USM) dan dihadiri oleh semua pensyarah KUIPSAS.

Pembersihan Blok Asrama Penginapan

9 November 2021 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS memulakan kerja-kerja menyelenggara dan pembersihan blok-blok asrama penginapan dan kawasan di sekitarnya.
Kerja penyelenggaraan dan pembersihan dimulakan sebagai persediaan untuk membuka semula kampus secara berperingkat-peringkat. Semua blok asrama KUIPSAS sebelum ini telah digunakan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) dan telah ditutup sepenuhnya operasi pada minggu lalu.

Sistem Antirasuah Ke Arah Redha Allah

3 NOVEMBER 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS komited untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Antirasuah bagi meningkatkan integriti dalam urus tadbir semata-mata untuk mendapatkan redha Allah SWT dalam urusan kerja seharian.
Demikian menurut Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin semasa menyampaikan Ucapan Perasmian Kursus Pemahaman Dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 30071:2016.
Kursus diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pihak Pengurusan KUIPSAS mengenai kepentingan mewujudkan Sistem Pengurusan Antirasuah serta pelaksanaannya dalam organisasi bagi meningkatkan integriti dan membasmi perlakuan rasuah.
Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh YM. Raja Faridah binti Raja Sirajuddin, Jurulatih dan Perunding Kanan SIRIM STS Sdn. Bhd.

Audit MQA Sarjana Pengajian Islam Selesai

29 OKTOBER 2021 (KUANTAN) – Audit Penilaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada program Sarjana Pengajian Islam telah selesai diadakan selama dua hari. Audit yang dijalankan secara maya itu bertujuan untuk menyemak penawaran program ini bagi memperolehi Akreditasi Penuh daripada MQA.
Audit dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Hj. Othman (Pengerusi) dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Abd Rahman Abd Ghani dan Pn. Adibah Mohd Sani (Pegawai MQA).

Kursus Transformasi – I Minda

28 Oktober 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS selesai mengadakan program Kursus Trasnformasi – i Minda Universiti Penuh selama dua hari yang berakhir pada hari ini. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia KUIPSAS itu disertai oleh semua kakitangan sokongan KUIPSAS bertempat di Hotel Grand Darulmakmur Kuantan.
Kursus diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengukuhkan kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta KUIPSAS selepas KUIPSAS membuka semula operasinya dengan kehadiran penuh kakitangan sokongan kerana negeri Pahang sudah beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
Dalam masa yang sama, peserta kursus juga dipersiapkan minda untuk menghadapi suasana kerja yang baharu sebaik sahaja KUIPSAS akan menjadi Universiti Penuh dalam masa terdekat.
Kursus dikendalikan oleh dua penceramah iaitu Tuan Nor Naemi bin Hj. Md Som dan Puan Noor Karimah binti Harun daripada MSQ Power Training.

KUIPSAS Sertai Anugerah Integriti Governans Dan Anti-Rasuah

26 OKTOBER 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS menerima Sijil Penyertaan Anugerah Integriti, Governans Dan Anti-Rasuah 2020 (AIGA) Peringkat Negeri Pahang dalam majlis yang diadakan di Yayasan Pahang. Sijil Penyertaan diterima oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
AIGA 2020 yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Yayasan Pahang (YP) merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.
Majlis penyampaian anugerah dilakukan oleh YAB. Dato’ Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang yang juga turut dihadiri oleh Ybhg. Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Institusi Pengajian Tinggi Agama Berperanan Bentuk Watak Sarjana Muslim

22 OKTOBER 2021 (KUANTAN) – Institusi Pengajian Tinggi Agama berperanan membentuk watak kesarjanaan Muslim yang ideal menurut ukuran matlamat pendidikan Islam serta membawa visi dan misi yang memenuhi keperluan kersarjanaan Islam bertaraf global.
Demikian menurut Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KUIPSAS dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurutnya lagi, sebuah institusi pengajian yang membawa jati diri Islam, perlu berdaya saing dengan institusi pengajian lain dalam usaha melahirkan para sarjana yang berkemahiran dalam bidang ilmu-ilmu keislaman dan berminda global.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman yang diadakan secara maya ini bertujuan untuk membina kerjasama di antara KUIPSAS dan UIAM khususnya dalam bidang penyelidikan. MoU ditandatangani oleh Rektor KUIPSAS dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak.

Menggembirakan Rasulullah Dengan Mengenang Kelahirannya

21 Oktober 2021 (KUANTAN) – Umat Islam digalakkan mengenang kelahiran Rasulullah SAW kerana Allah SWT juga mengenang kelahiran Baginda sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Dhuha. Mengenang kelahiran Baginda akan menghidupkan fitrah Allah SWT serta menggembirakannya dengan kisah kelahirannya.
Demikian menurut YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Pahang ketika menyampaikan Ceramah Maulidurrasul sempena program Gema Maulidurrasul KUIPSAS di Masjid KUIPSAS.
Beliau menambah, kelahiran Rasulullah SAW adalah luar biasa yang wajar dikenang dan diingati serta diulang sebut untuk membugar hubungan dengan Baginda. Hubungan dengan Rasulullah SAW ini akan menguatkan lagi umat Islam untuk membawa dakwah agama ini kepada masyarakat.
Program Gema Maulidurrasul KUIPSAS dianjurkan oleh Pusat Islam Masjid KUIPSAS sempena Sambutan Maulidurrasul 1443H dan dihadiri oleh warga KUIPSAS serta ahli kariah berdekatan. Terdahulu, hadirin diperdengarkan dengan Bacaan Qasidah dan Gema Selawat bagi mengenang Rasulullah SAW.

UMW Sumbang Toyota Inova

13 OKTOBER 2021 (CAMERON HIGHLANDS) – UMW Corporation Sdn. Bhd. sebuah konglomerat dalam bidang automotif, kejuruteraan, pembuatan dan aeroangkasa menyampaikan sumbangan berbentuk satu unit kenderaan pelbagai guna Toyota Inova kepada KUIPSAS.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Fuaad b. Mohd Kenali, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad kepada YAB. Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy b. Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Turut hadir semasa majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang dan Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
YAB. Dato’ Sri Wan Rosdy mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut dan menyatakan bahawa KUIPSAS boleh memanfaatkan sumbangan dalam urusan kerja seharian. Beliau turut mengambil peluang memandu uji kenderaan tersebut di sekitar bandar Tanah Rata, Cameron Highlands sebelum menyerahkannya kepada Rektor KUIPSAS.

Audit Pematuhan Diploma Muamalat Selesai

12 OKTOBER 2021 (KUANTAN) – Program Diploma Pengurusan Muamalat selesai menjalani Audit Pematuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQAVA) yang diadakan sepanjang hari ini secara maya.
Audit dikendalikan oleh Prof. Madya Ezani bin Yaakub dan dibantu oleh Pn. Suhana Bt. Ramli (Pegawai MQA).
Audit diadakan untuk menyemak pematuhan program ini kepada standard yang ditetapkan oleh MQA selepas mendapat Akreditasi Penuh sebelum ini.
ms_MYMalay