Prof Fariza Dilantik Profesor Pelawat UnIPSAS

24 Februari 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS hari ini melantik YBrs. Prof. Dr Fariza Binti Md Sham sebagai Profesor Pelawat. Beliau merupakan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof. Dr Fariza yang berasal dari Chenor, Pahang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Islam, Dakwah dan Pembangunan Insan. Bidang kepakarannya ialah Dakwah, Pembangunan Remaja dan Psikologi Islam.

Sebagai seorang tokoh akademik, beliau telah memberikan sumbangan dalam bidang psikologi dakwah remaja dan psikologi Islam pada peringkat nasional dan antarabangsa. Pelbagai agensi telah mendapat manafaat daripada sumbangan beliau seperti JAKIM, YADIM, Jabatan Agama Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Penjara dan MQA.

Sebagai anak jati negeri Pahang, beliau turut berperanan sebagai Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Penasihat Akademik UnIPSAS, penulis teks titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Pengerusi Dewan Pendidikan Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Pahang.

Warkah Pelantikan beliau sebagai Profesor Pelawat UnIPSAS disampaikan oleh Naib Canselor, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini b. Omar sempena Program Perjumpaan Ketua Pengarah Pendidkan Tinggi Bersama Anggota Kerja UnIPSAS di Dewan Sultan Ahmad Shah UnIPSAS.

UnIPSAS Lantik Syeikh Mustafa Al-Nadawi Sebagai Felow Hadis

8 FEBRUARI 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS telah menerima kehadiran seorang ulamak hadis terkenal dunia iaitu Al-Fadil Al-Syeikh Dr. Abdelkarim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawi dan dilantik sebagai Felow Hadis UnIPSAS. Sebagai Felow hadis UnIPSAS, Al-Fadil Al-Syeikh akan bersama Akademi Hadis (AHad) UnIPSAS untuk menyemarakkan lagi aktiviti pengajian ilmu agama melalui program-program yang telah dirancang.

Program-program tersebut merangkumi Diskusi Kitab-Kitab Hadis, Syarahan Hadis Perdana, Syarahan Pengajaran-Pengajaran dari Hadis melalui Youtube Akademi Hadis, Syarahan Hadis melalui Facebook Live UnIPSAS, Daurah Hadis peringkat kebangsaan, Bengkel Hadis untuk guru-guru Hadis Jabatan Agama Islam Pahang dan lain-lain lagi.

Beliau yang dilahirkan di Mansurah Mesir pada 19 Mei 1955 merupakan pendakwah hebat dalam bidang Bahasa Arab, Hadis, Fiqh Al-Syafie, Tasawwuf, Usuluddin dan lain-lain lagi. Di samping itu beliau juga mempunyai ilmu dalam bidang perubatan.

Kemahiran Al-Fadil Al-Syeikh dalam bidang ilmu hadis adalah sangat mengagumkan sehingga diiktiraf oleh gurunya iaitu Sheikh Abu Al Hasan An-Nadwi sebagai seorang yang mempunyai kealiman yang sempurna dalam ilmu hadis.Watikah Pelantikan beliau disampaikan oleh YB. Dato’ Saiful Edris bin Zainuddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 UnIPSAS yang diadakan di Auditorium Tuanku Canselor.

Jadual program beliau sepanjang berkhidmat sebagai Felow Hadis UnIPSAS akan dikemaskini oleh Akademi Hadis UnIPSAS di laman Facebook Akademi Hadis – AHad#felowhadis#syeikhmustafaalnadawi#hadis#ulamak#akademihadisunipsas#unipsas#unipsasbumibarakah– –Ikuti UnIPSAS di Telegram : t.me/unipsas dan Twitter : twitter.com/unipsasofficial

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 UnIPSAS

Tarikh : 8 Februari 2022 / 6 Rejab 1443H
Hari : Selasa
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Auditorium Tuanku Canselor UnIPSAS
Tetamu Undangan : YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan pada masa hadapan

link live fB : https://www.facebook.com/UNIPSASofficial/videos/514721653606920

Bengkel Pemurnian Kurikulum Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) Dengan Kepujian Tumpu Pematuhan MQA

3-4 Februari 2022 (KUANTAN) – Bengkel Pemurnian Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur bertujuan bagi memantapkan dan penambahbaikan kurikulum sedia ada sebelum ini. Semakan dan penilaian bersama individu yang pakar dalam bidang multimedia iaitu YBrs. Prof Madya Ts Dr Azhar bin Hj Abd Jamil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Panel Akademik dan Encik Imran bin Abdul Jabar dari Sifoo Art and Multimedia Training Center sebagai Panel Industri.

Selama 2 hari bengkel dijalankan bertujuan untuk menumpukan kepada pematuhan standard program MQA Creative Multimedia Technology Baharu, pemurnian objektif dan hasil pembelajaran program mengikut domain MQA, penawaran subjek, dan penambahan kandungan kursus yang relevan mengikut keperluan program yang bersesuaian dengan saranan MQA agar program perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Warga UnIPSAS Terjejas Banjir Terima Sumbangan BAKKIP

Warga UnIPSAS Terjejas Banjir Terima Sumbangan BAKKIP

18 JANUARI 2022 (KUANTAN) – Badan Amal Dan Kebajikan Kakitangan KUIPSAS (BAKKIP) menyampaikan sumbangan kepada Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang telah terjejas dengan bencana banjir yang berlaku pada bulan lepas.

Seramai 70 orang AKU menerima sumbangan melibatkan mereka yang terjejas kerana rumah dimasuki air banjir dan mengalami kerosakan harta benda.Sumbangan disampaikan oleh Presiden BAKKIP, YH. Dato’ Dr. Hj. Ahmad Munawar bin Abdul Jalil sempena Majlis Kesyukuran Anggota Kerja UnIPSAS yang diadakan di Dewan Astana Hotel Grand Darulmakmur Kuantan.

Program Tazkiyah AN-NAFS (Penyucian Jiwa) Klien Aadk Daerah Pekan

28 Disember 2021 (PEKAN) – Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pekan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Bebar, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Pekan (JKPD) telah menganjurkan program Program Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa) Klien AADK Daerah Pekan.

Program dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, merangkap ADUN Kawasan Bebar.

Program Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa) ini dianjurkan kepada belia yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi mewujudkan rasa keinsafan seterusnya menangani pengaruh negatif tersebut.Seramai 26 orang pensyarah FPI UnIPSAS dan 6 orang pelajar Jabatan Dakwah telah mengendalikan slot pengisian kepada klien AADK seperti garis kehidupan, ceramah pembangunan jiwa apabila diuji, solat tiang agama, tahsin surah al-Fatihah, praktikal solat dan edaran soal selidik.

Masjid Negeri Santuni Warga UnIPSAS Terjejas Banjir

27 Disember 2021 (Isnin) : Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan hari ini tampil menghulurkan bantuan kepada Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang terjejas banjir baru-baru ini.Bantuan yang disalurkan menerusi Program “Santunan Dhua’fa” itu disampaikan sendiri oleh Imam Besar, YH. Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin.

Majlis diadakan di Porch Utama UnIPSAS pada jam 8.30 pagi yang turut dihadiri oleh Naib Canselor, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan Pegawai-Pegawai Kanan UnIPSAS.Bantuan berbentuk barang-barang keperluan harian itu disampaikan kepada 68 orang AKU yang telah terjejas banjir.

Bantuan yang diberikan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara institusi-intistusi agama di negeri ini. UnIPSAS Pasti Bangkit!

Exco Kerajaan Negeri Lawat UnIPSAS

23 Disember 2021 (Rabu), YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang meluangkan masa melawat Kampus UnIPSAS yang terjejas banjir.

Dalam lawatan tersebut, beliau mendapatkan taklimat situasi semasa UnIPSAS daripada Naib Canselor, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin di samping melihat sendiri kerosakan yang berlaku di kawasan persekitaran Dewan Barakah, Pejabat HEPA dan Asrama Penginapan.

UnIPSAS Pasti Bangkit!

Link Video Sesi lawatan : https://www.facebook.com/UNIPSASofficial/videos/1036230920286149

Ziarah Prihatin Naib Canselor, Anggota Terjejas Banjir

23 Disember 2021 (Khamis), Kesudian dan keprihatinan Naib Canselor UnIPSAS YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin melakukan ziarah prihatin ke 20 daripada 63 buah rumah Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang terjejas dengan banjir baru-baru ini amat disyukuri AKU terbabit.

AKU tersebut cukup terharu dengan kata-kata semangat daripada NC dan mereka juga amat berbesar hati dengan kesediaan UnIPSAS membantu mereka apabila diperlukan. Sebaik sahaja banjir surut pada 20 Disember 2021, UnIPSAS telah menggerakkan bantuan mencuci rumah-rumah AKU yang terjejas dengan banjir.

Naib Canselor UnIPSAS Terima Pengurniaan Darjah Kebesaran

14 DISEMBER 2021 (PEKAN) TAHNIAH YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, DSAP., SMP., AMP.Naib Canselor UnIPSAS atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’Sempena Memuliakan Ulang TahunHari Keputeraan Yang Ke-62Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

ms_MYMalay