Khatam Al-Quran Peringkat UnIPSAS

27 MAC 2024 (KUANTAN) โ€“ Pusat Islam Masjid UnIPSAS hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan lagi 10 Akhir Ramadan dengan amalan membaca Al-Quran. Program yang diadakan di perkarangan dewan solat Masjid UnIPSAS bermula jam 4.45 petang. Turut disertai oleh pensyarah-pensyarah UnIPSAS, kakitangan sokongan serta pelajar-pelajar UnIPSAS.

Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti Tadarus Al-Quran yang disertai oleh pensyarah dan kakitangan UnIPSAS pada setiap pagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Majlis Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Imam Masjid KUIPSAS iaitu Ustaz Mohd Khairi. Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Canselor, Pendaftar dan Dekan-Dekan Fakulti.

Program Memasak Bubur Lambuk Peringkat UnIPSAS 2024

KUANTAN, 19 MAC 2024 – Sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, UnIPSAS mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk Peringkat UnIPSAS yang bermula pada jam 8 pagi di perkarangan Masjid UnIPSAS.

Terdahulu pegawai dan kakitangan UnIPSAS telah bergotong-royong memasak bubur lambuk sebelum mengagihkan kepada komuniti. Naib Canselor UnIPSAS, YH Prof. Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin turut hadir membantu dalam proses penyediaan bubur lambuk tersebut.

Agihan bubur lambuk dibuat bermula selepas solat Fardhu Asar di Padang Majlis Bandaraya Kuantan dan di perkarangan Masjid UnIPSAS. Pengagihan yang dilakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UnIPSAS telah berjaya mengedar 1,500 pek bubur lambuk kepada komuniti sekitar.

Program ini merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial terhadap komuniti dan masyarakat khususnya bagi membuka ruang untuk mewujudkan kesedaran sosial terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Semoga bulan Ramadan ini membawa keberkatan buat semua yang terlibat di dalam program ini.

#UnIPSAS#Pahang1st#Ramadan2024#Ramadan1445H#BuburLambukUnIPSAS#BersamaKitaBersama#masjidnegeri#weloveunipsas

Majlis Pelancaran Menu Rahmah Ramadan

KUANTAN, 12 MAC 2024, (Selasa) – Majlis Pelancaran Menu Rahmah Ramadan yang telah disempurnakan oleh Dato Naib Canselor UnIPSAS, YH Prof Madya Dato Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, diiringi oleh Pengurusan Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif UnIPSAS Holding serta Majlis Perwakilan Pelajar UnIPSAS.

Penyerahan Bunting Menu Rahmah kepada peniaga merupakan simbolik kepada kesejahteraan dan perpaduan sosial yang mewakili nilai-nilai kebaikan, kasih sayang dan saling menjaga di kalangan komuniti universiti.

Para peniaga di Kafe Pelajar UnIPSAS menjadi antara kumpulan yang menyediakan set Menu Rahmah kepada seluruh mahasiswa/i UnIPSAS. Antara menu cadangan yang ditawarkan ialah set nasi beserta minuman seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Berempah, Nasi Tomato dan pelbagai lagi menu rahmah pada harga yang amat berpatutan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran ini. Mari bersama-sama kita jadikan Menu Rahmah sebagai pilihan utama di setiap sudut universiti kita.

#UnIPSAS#IslamicUniversity#MenuRahmah#UniLife#Pahang1st

Majlis Perasmian KAST 3.0 2024 (Khatam Al-Quran)

KUANTAN, 11 MAC 2024 (Isnin) – Bersamaan 1 Ramadan 1445H, telah Berlangsung ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ก๐š๐ญ๐š๐ฆ ๐€๐ฅ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐ข๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡ yang dianjurkan oleh ๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ . Program ini dijalankan beberapa
masjid terpilih di daerah Kuantan dan Temerloh.

Perasmian Program ini
dilaksanakan di Masjid UnIPSAS Selepas Solat Maghrib yang dirasmikan oleh
๐˜๐‡. ๐ƒ๐š๐ญ๐จ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐‡๐š๐ข๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐‡๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐š๐ข๐ง, ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘ข๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘– ๐ธ๐‘˜๐‘ ๐‘’๐‘˜๐‘ข๐‘ก๐‘–๐‘“ ๐‘€๐‘ˆ๐ผ๐‘ƒ yang turut bersama ๐˜๐‡. ๐๐ซ๐จ๐Ÿ ๐Œ๐š๐๐ฒ๐š ๐ƒ๐š๐ญ๐จ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐š๐ฐ๐š๐ฏ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐š๐ฅ ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง, ๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘ ๐ถ๐‘Ž๐‘›๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘ˆ๐‘›๐‘–๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘–๐‘ก๐‘– ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘ƒ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘†๐‘ข๐‘™๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐ดโ„Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘ ๐‘†โ„Ž๐‘Žโ„Ž berjalan dengan lancar.

Solat Tarawih ini dipimpin
oleh
๐ˆ๐ฆ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ง ๐™๐š๐ซ๐ข, ๐‘„๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐ถ๐‘Ž๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘œ๐‘› ๐ป๐‘–๐‘”โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘‘ manakala Imam Kedua ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐…๐š๐ซ๐ข๐ ๐…๐š๐ข๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐›๐ข๐ง ๐Ž๐ญ๐ก๐ฆ๐š๐ง, ๐ผ๐‘š๐‘Ž๐‘š 2 ๐‘ˆ๐‘›๐ผ๐‘ƒ๐‘†๐ด๐‘†.

Terima kasih kepada hadirin
dan hadirat yang hadir di Masjid Kami bagi mengimarahkan program kali ini.

๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ & ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐’๐ก๐š๐ก (๐”๐ง๐ˆ๐๐’๐€๐’)

Siaran Ulangan<![if !vml]>๐ŸŽฅ<![endif]>: https://www.facebook.com/share/v/tNks8kYVoRv1RMmS/?mibextid=oFDknk

ย 

Kerajaan Pahang, UnIPSAS Diminta Kaji Wujudkan Universiti Al-Quran Di Pahang

KUANTAN, 8 MAC 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan Kerajaan Pahang bersama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) mengkaji dengan teliti cadangan mewujudkan Universiti Al-Quran di negeri ini.

Baginda juga mencadangkan agar Fakulti Al-Quran diwujudkan terlebih dahulu di UnIPSAS sebelum mengembangkan lagi pengajian Al-Quran bagi mewujudkan universiti berkenaan.

โ€œDi kesempatan ini juga saya ingin memberi cadangan atau pandangan berkaitan dengan al-Quran ini, memandangkan kita sudah pun wujud Universiti Islam Pahang, sudah pun kita wujudkan Fakulti Hadis, mungkin sampai masanya kita wujudkan juga satu fakulti untuk al-Quran, supaya dapat anak-anak muda kita menjurus kepada subjek ini supaya dapat mencapai diploma dan mungkin ijazah dan mungkin suatu hari nanti kalau kita berjaya untuk mengembangkan fakulti ini, mungkin kita boleh wujudkan Universiti al-Quran di Negeri Pahang, InsyaaAllah.

โ€œSaya juga berharap pihak universiti (UnIPSAS) bersama dengan kerajaan dengan kebijaksanaan Datoโ€™ Sri Syed Ibrahim ini dapat kaji dengan lebih teliti cadangan untuk mewujudkan universiti al-quran di Negeri Pahang pada masa akan datang, InsyaaAllah,โ€ titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke-67 Tahun 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Pada majlis itu, baginda bersama KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut mengiringi baginda berdua ialah anakanda KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah YAB. Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Datoโ€™ Sri Haji Zulkifli Yaacob, barisan Exco Kerajaan Pahang dan Ketua-Ketua Jabatan.

Tilawah yang berlangsung sejak Selasa itu telah disertai oleh 26 peserta daripada 13 daerah di seluruh Pahang dengan Johan Qari dimenangi oleh Johan Menunggu, Encik Mohamad Syaheed Sabri dengan 95.5 markah manakala Johan Qariah dimenangi peserta dari Jengka, Cik Nurul Saadah Mohammad Zaini dengan 88 markah.

Sehubungan itu baginda menyeru agar para ibu bapa dapat memainkan peranan penting untuk menanamkan rasa cinta terhadap al-Quran di dalam hati anak-anak sejak kecil ibarat perumpamaan Melayu โ€œmelentur buluh biarlah dari rebungnyaโ€.

Ini bertujuan untuk menjadikan Pahang sebagai negeri yang makmur dengan Al-Quran dan dilindungi dari sebarang kecelakaan dan musibah.

โ€“ PAHANGMEDIA
Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Farizul Hafiz Awang

Program Keusahawanan dan Kebolehpasaran

KUANTAN, 06 MAC 2024 – Program Keusahawanan dan Kebolehpasaran yang berlangsung selama 2 hari pada 5-6 Mac 2024 bertempat di Belakang Auditorium Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan, Pahang.

Program selama 2 hari ini melibatkan penjualan makanan dan minuman yang disediakan oleh mahasiswa/i UnIPSAS. Gerai jualan juga telah dihias rapi dengan bertemakan klasik bagi memeriahkan suasana program.

Ia telah dianjurkan oleh Jabatan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Informatik UnIPSAS dan bertujuan untuk memberi pendedahan, kemahiran dan pengetahuan kepada mahasiswa mengenai keusahawanan sosial dan keusahawanan digital yang profesional serta mampu membentuk komuniti sosial.

Ia turut mempromosikan usahawan muda di kalangan pelajar universiti serta mencipta platform membina pengalaman dalam perniagaan. Program ini juga membentuk semangat kerja pasukan, serta interaksi antara komuniti dikalangan pelajar, pensyarah dan tenaga kerja di UnIPSAS.

Kuliah Duha Berqasidah โ€œMarhaban Ya Ramadanโ€

KUANTAN, 01 MAC 2024 – Kuliah Duha yang disampaikan oleh Felo Kanan Dakwah UnIPSAS, Ybhg. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Seluruh Anggota Kerja dan mahasiswa/i UnIPSAS tidak melepaskan peluang ini, turut hadir pelajar-pelajar KPTM, UMPSA, Akademi Tahfiz Al-Ameen Aspa Cottage, Madrasah Al-Muhammadi Bukit Rangin.

Majlis diiringi dengan alunan qasidah sebelum diteruskan dengan tazkirah duha. Ketibaan Ybhg. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid disambut oleh Naib Canselor UnIPSAS, Prof. Madya Datoโ€™ Dr. Hj. Zawavi Bin Zainal Abidin dan pengurusan tertinggi UnIPSAS.

Program Ramah Mesra Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah bersama Agensi Kerajaan Negeri Sabah

KUANTAN, 29 FEBRUARI 2024 – Buat julung kalinya Agensi Kerajaan Negeri Sabah memilih Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) untuk Program Ramah Mesra bersama mahasiswa-mahasiswi UnIPSAS yang berasal dari negeri Sabah.

Program ini melibatkan kehadiran hampir seratus orang mahasiswa/i di UnIPSAS yang berasal dari negeri Sabah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan bantuan pendidikan seperti biasiswa, bantuan awal, bantuan komputer dan Persatuan Pelajar Sabah di UnIPSAS juga dapat pencerahan untuk memohon sumbangan dana dari Kerajaan Negeri Sabah. Program ini juga bertujuan menghargai mahasiswa/i dan memberi input mengenai inisiatif bantuan pendidikan.

Taklimat yang disampaikan oleh Agensi Kerajaan Sabah bermula dengan :
i) Yang Dihormati Puan Zaidah Hussain, Pengurus Kanan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur
ii) Yang Dihormati Puan Jurianah binti Juti, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).
iii) Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah
iv) Dan Wakil Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

Naib Canselor UnIPSAS, Prof. Madya Datoโ€™ Dr. Hj. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin menzahirkan rasa syukur dan berterima masih kepada semua Agensi Kerajaan Negeri Sabah yang hadir dan persatuan pelajar Sabah di UnIPSAS. UnIPSAS merupakan Universiti Pertama Milik Kerajaan Negeri Pahang membuka peluang pengajian ke peringkat Asasi, Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah kepada seluruh warganegara Malaysia.

Program Jelajah Cakna Undang โ€“ Undang Kesalahan Syariah 2024

KUANTAN, PAHANGย –ย 22 Februari 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Fakulti Pengajian Syariah, UnIPSAS dan Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa I-DIA, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah menganjurkan program Jelajah Cakna Undang โ€“ Undang Kesalahan Syariah 2024 bertempat di Auditorium Tuanku Canselor UnIPSAS, Kuantan Pahang.

Dengan tema โ€œJauhi Amalan Khurafat, Banteras Ajaran Sesatโ€ telah disertai seramai 400 orang peserta dari kalangan penjawat awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi dari sekitar daerah Kuantan. Dua orang pembentang yang terdiri daripada Yang Berbahagia Tuan Izzuddin bin Datoโ€™ Haji Mutalib, Al-Fadhil Qadhi Daerah Jerantut dan Yang Berbahagia Tuan Muhamad Yusri bin Aman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa Undang โ€“ Undang Syariah JAIP, masing โ€“ masing telah mengupas isu akidah dan ajaran sesat.

Yang Berbahagia Datoโ€™ Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM telah merasmikan program tersebut. Turut hadir dalam Majlis Perasmian Konvensyen ialah Y.H Prof. Madya Datoโ€™   Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS, Yang Berusaha Dr. Muhammad Fadlly bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Para Dekan Fakulti dan YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM.

Yang Berbahagia Datoโ€™ Haji Zamani Ahmad bin Mansor, dalam ucapan perasmian, berharap agar kerjasama program seumpama ini dapat diperkukuhkan agar dapat memberi kefahaman sebenar kepada umum tentang kesalahan yang melibatkan undang โ€“ undang jenayah syariah seperti ajaran sesat. Para peserta juga diharapkan dapat memanfaatkan setiap ilmu dan maklumat yang diperolehi dari program tersebut serta bersedia menjadi โ€œmataโ€ dan โ€œtelingaโ€ kepada pihak berkuasa bagi membendung isu โ€“ isu melibatkan kesalahan jenayah syariah.

Sumber : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Kurator Berita :ย Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Amanat dan Pelepasan Kontijen UnIPSAS ke Sukan SUPTIM 2024

KUANTAN, 09 FEBRUARI 2024 – Majlis Amanat Naib Canselor UnIPSAS & Pelepasan Kontinjen UnIPSAS Ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia 2024. Berlangsung pada 11 – 14 Februari 2024 UNISHAMS, Kuala Ketil, Kedah.

Berbekalkan semangat “KITA JUARA” pada kejohanan sukan sebelum ini (Dis 2023) YH Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin menyuntik semangat kepada atlet UnIPSAS untuk berjuang sehabis baik untuk memperoleh kemenangan bagi setiap acara sukan yang disertai.

UnIPSAS mempertaruhkan pasukan dalam 7 acara iaitu Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong, Memanah Tradisional dan Catur dengan penglibatan seramai 66 org atlet & 10 pegawai pengiring.

Semoga pasukan dapat mempersembahkan prestasi terbaik dan beroleh kemenangan. Amin… Semoga Berjaya.

#semangatkitajuara #kontinjenunipsas #suptim2024 #unishamskedah

ms_MYMalay