NC UnIPSAS Merasmikan Program Merawat Sungai

10 Jun 2023 (KUANTAN) – CSR EM MUDBALL : RIVER RETREAT PROGRAMME, Majlis dirasmikan oleh YH Naib Canselor UnIPSAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Amal MAKSAK Pahang.

Taklimat kepentingan dan fungsi Mudball di dalam perawatan air telah disampaikan oleh En. Abdullah bin Ismail, Pengarah EM Mudball Groups Sdn. Bhd. Beliau turut membuat demonstrasi pembuatan mudball dengan disertai oleh tetamu VVIP.

Sejumlah 500 biji mudball telah dilontar ke dalam Sungai Galing oleh Tetamu VVIP dan peserta.

Program ini telah mendapat liputan oleh pihak RTM dan disiarkan di dalam slot Berita RTM jam 6.00 petang pada 10 Jun 2023.. Pautan https://youtu.be/jRG-aIaqCsc

Program tamat pada jam 10.45 pagi.

Objektif Program :

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) & Kolokium Dakwah Antarabangsa

02 Jun 2023 (KUANTAN) – Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) & Kolokium Dakwah Antarabangsa telah melabuhkan tirainya pada 1 Jun 2023 (Khamis) melibatkan 15 hari pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan anjuran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar Raniry, Banda Aceh. Program seperti Lawatan ke Nasyrul Quran, Kuliah Dhuha, Menyantuni Anak Yatim Permata Camar, Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Besar Pahang, Program Ziarah Mahabbah di Kg. Orang Asli Sg. Ruil, Taklimat Dakwah PERKIM, Program Kerohanian Pemantapan Bina Insan Sek. Men. Agama Rompin, Program Anak Angkat serta Mini Forum di Felda Bukit Tajau, Maran, Program Komuniti Kg. Parit Baru, Sabak Bernam, Lawatan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor dan Kolokium Dakwah Antarabangsa dilaksanakan dengan baik dan sempurna serta mencapai objektif yang disasarkan.

Menurut Dr. Abizal M. Yati, Ketua Program Studi, Managemen Dakwah, merangkap Ketua Delegasi UIN Ar Raniry, Banda Aceh, program ini memberi kesan mendalam kepada kedua-dua buah universiti: “Selama 15 hari ini benar-benar telah mempererat hubungan ukhuwah Islamiyah antara mahasiswa dan pensyarah UIN Ar-Raniry dan UnIPSAS, banyak ilmu dan pengalaman berharga yang kami dapatkan. Sangat membekas di hati kami kebaikan dan khidmat yang tulus ikhlas dari saudara-sadara kami di UnIPSAS”.

Keterujaan penglibatan dalam program ini turut dizahirkan oleh salah seorang mahasiswa UIN Ar Raniry, Banda Aceh, Saudara Irwandi MJ. Menurutnya “Program Operasi Khidmat Masyarakat ini merupakan satu bentuk kegiatan yang dicanangkan untuk penyebaran dakwah melalui pengabdian terhadap mad’u yang dituju oleh Fakultas Dakwah Dan Komunikasi UIN Ar-Raniry Banda Aceh bekerjasama dengan UnIPSAS dalam rangka penyelenggaraan ini, Kegiatan ini sangat bermanfaat bagi Mahasiswa dan Mahasiswi untuk menambah ilmu dan pengalaman baru. Alhamdulillah kegiatan yang berlangsung 15 hari ini tuntas dilaksanakan dengan lancar dan sukses. Kami UIN Ar-Raniry Banda Aceh menunggu teman-teman UnIPSAS untuk Ke Aceh dan melakukan dakwah di sini”.

Diharap dengan penganjuran program ini membolehkan UnIPSAS mencapai sasaran KPI (Penganjuran Program Mobiliti Pelajar) melalui Pelan Strategik UnIPSAS 2022-2026 di samping dapat menghasilkan mahasiswa UnIPSAS yang proaktif serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.

Pro Canselor 1 UnIPSAS Disambut Mesra Oleh Universiti Al Azhar Dan Mufti Besar Mesir

29 Mei 2023 (MESIR) – YAB Dato Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail bersama Delegasi Kerajaan Negeri Pahang mengunjungi Pejabat Presiden & Rektor Al Azhar dan Pejabat Mufti Besar Mesir.

Wakil Universiti Al Azhar Prof Dr Sheikh Salam Gomma Daod bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Timbalan Rektor Hal Ehwal Korikulum, Timbalan Rektor Hal Ehwal Faktuliti Wamita, Timbalan Rektor Hal Ehwal Perubatan dan Farmasi turun kepintu utama al Azhar meyambut kehadiran YAB Menteri Besar Pahang bersama Delegasi.

Pertemuan ini dibawa masuk kebilik Presiden sebagai alu-aluan. Seterusnya dibawa mengunjungi geleri khas Sheikh Imam Akbar Al Azhar dan sekitar kampus bagi mengenali lebih dekat pengurusan Universiti berusia lebih 1000 tahun.

YAB Menteri Besar Pahang diiringi oleh Presiden Al Azhar dan Timbalan-timbalan ke Dewan Senat Al Azhar untuk Majlis Menandatangani pembaharuan kerjasama UnIPSAS yg diwakili NC Prof Dato’ Dr Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dibawah Kerajaan Negeri Pahang dengan Universiti Al Azhar Mesir.

Pengiktirafan ini telah menjadikan UnIPSAS sebagai rakan stratigek pendidikan. Ini melayakan mahasiswa-mahasiswi UnIPSAS terus menyambung ke tahun 3 ke Universiti Al Azhar. Ini menjadikan Pahang antara Universiti yang mendapat pengiktirafan tersebut buat kesekian kalinya, Barakallah.

Setelah itu YAB Menteri Besar diiringi delegasi ke Bandar Dirasah Cairo untuk mengunjugi Sahibus Samahah Mufti Besar Negara Mesir. Prof Dr Sheikh Shauki Abdul Karim juga telah menanti dan meyambut digerbang menara ifta’ Mesir. Ini sudah tentu satu penghormatan besar kepada YAB Menteri Besar bersama Dealegasi.

Pelbagai topik ifta peranan dan aktiviti yang telah dilaksana dalam memastikan hal-hal yang berkaitan dengan fatwa, pembendungan ajaran sesat, extrimis dan lain diperbetul dan di didik sempurna. Sahibus Samahah menyusuli pertemuan dengan iringan doa yang panjang untuk YAB MB, Pahang dan Rakyatnya.

Semoga segalanya dikurnia keberkatan, Amin.

MoU UnIPSAS Dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

17 April 2023 (KUANTAN) – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh diadakan bertujuan menyatakan hasrat kedua-dua pihak untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang-bidang yang akan memberi peluang dan manfaat kepada kedua-dua pihak seperti kajian dan penyelidikan, pertukaran pelajar-pelajar melalui program mobiliti pelajar, program akademik, penganjuran persidangan, simposium, seminar, bengkel, latihan atau program-program kemasyarakatan.

Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, DSAP., SMP., AMP. merangkap Naib Canselor, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Prof. Dr. H. Mujiburrahman, M.Ag juga Rektor UIN Ar-Raniry Banda Aceh.

Penyerahan Surat Lantikan Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi Oleh Naib Cancelor UnIPSAS

9 Mei 2023/ 18 Syawal 1444H (SELASA) – Yang Hormat Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Cancelor Univerisiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), telah menyempurnakan majlis penyerahan surat lantikan baharu kepada Ahli Penyelidikan dan Inovasi. Seramai 24 orang ahli baharu yang telah dilantik berkuatkuasa pada 1 April 2023.

Dalam majlis yang ringkas ini, Naib Cancelor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang telah dilantik. Beliau juga telah menitipkan beberapa amanat yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan penyelidikan dan inovasi di UnIPSAS. Beliau mengingatkan supaya setiap daripada ahli dapat menjalankan tugas dengan proaktif dan amanah serta dapat meningkatkan lagi kecemerlangan penyelidikan terutamanya berkaitan bidang tujahan UnIPSAS.

Berikut adalah senarai pensyarah yang dilantik di Bahagian Penyelidikan dan Inovasi:

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

1. Cik Aulia Fahada binti Misaridin (Timb. Pengarah Bahagian Penyelidikan & Inovasi)

2. Puan Ida Khairiyah binti Mohd Yusof (Unit Pemantauan)

3. Puan Lydiawaty binti Hassan Busry (Unit Geran Luar)

2. Puan Che Nur Afiqah binti Mohammad (Unit Latihan)

3. Puan Anis Azzyaty binti Mokhtar (Unit Inovasi)

Penerbit UnIPSAS

1. Puan Wan Nur Ainna Waheda binti Rozali (Pengarah Penerbit)

2. Puan Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail (Ketua Seksyen Jurnal/ Peg OJS)

3.Puan Nurul Athirah binti Mohd Azmi (Koordinator Jurnal)

4. En. Abu Dzar bin Ahmad (Seksyen Buku/Majalah. Terbitan Khas)

5. Puan Nurazimah binti Mohamed Jamburi (Penyelaras Unit Buku)

6. YBrs. Dr Yunus Ouedraogo

7. En. Mohamad Hasmimie bin Mohd Yusof (Penyelaras unit Majalah/ Terbitan Khas)

Institut Jawi

1. Puan Seriayuna binti Sa’adon Zubir (Timb Pengarah)

2. Puan Nurizan binti Baharum (Ketua Unit Latihan dan Perundingan)

3. Puan Siti Nora’aeshah binti Zakaria (Ketua Unit Penyelidikan)

Akademi Hadis

1. YBrs. Dr. Mohamed Ahmed Mohamed Abdeel Elsharabany (Pengarah)

1. En. Abu Dzar bin Ahmad (Timb. Pengarah)

2. En. Mohammad Haafiz Aminuddin bin Mohd Azmi (Ketua Init Penyelidikan)

3. En. Muhamad Razif bin Ahmad (Ketua Unit Operasi dan Latihan)

4. En. Ahmad Haiqal Fitri bin Ahmad Fuad (Ketua Unit Rekod dan Penilaian)

Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa

1. Puan Siti Marsitah binti Mohd Mokhtar (Pengarah)

2. YBrs. Dr. Mohamed Ebrahim Elsherbini Saqr (Unit Penyelidikan)

3. En. Wan Hashridz Rizal bin Wan Abu Bakar (Unit Penyelidikan)

4. Puan Dayang Sakini binti Mohd Kadri (Unit Latihan dan Pembangunan)

5. Puan Faiqah binti Radzuan (Unit Latihan dan Pembangunan)

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat UnIPSAS

12 April 2023 (KUANTAN) – Pusat Islam Masjid UnIPSAS hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan lagi 10 Akhir Ramadan dengan amalan membaca Al-Quran. Program yang diadakan di perkarangan dewan solat Masjid UnIPSAS bermula jam 4.45 petang. Turut disertai oleh pensyarah-pensyarah UnIPSAS, kakitangan sokongan serta pelajar-pelajar UnIPSAS.

Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti Tadarus Al-Quran yang disertai oleh pensyarah dan kakitangan UnIPSAS pada setiap pagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Majlis Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Imam Masjid KUIPSAS iaitu Ustaz Mohd Khairi. Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Canselor, Pendaftar dan Dekan-Dekan Fakulti.

Penyerahan Bantuan Sumbangan Asnaf Bank Rakyat Cawangan Kuantan Kepada UnIPSAS

03 April 2023 (KUANTAN) – UnIPSAS telah terima serahan bantuan sumbangan asnaf 2021 & 2022 daripada Bank Rakyat cawangan Kuantan.

Majlis Konvokesyen Asasi Sastera dan Asasi Sains Kemanusiaan

14 Mac 2023 (KUANTAN) -Seramai 103 graduan Asasi Sains Kemanusiaan dan Asasi Sastera diraikan dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan pada 14 Mac 2023 di Dewan SAS, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Majlis konvokesyen yang julung kali diadakan ini menggabungkan empat sesi pengajian dari tahun 2019 hingga 2021 susulan penularan pandemik Covid 19.

YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS telah menyempurnakan penganugerahan sijil serta menyampaikan anugerah kepada graduan cemerlang. Lebih 80 peratus dari graduan Asasi ini telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang pengajian di UnIPSAS.

Kejohanan Bowling Piala Naib Canselor UnIPSAS 2023

12 Februari 2023 (KUANTAN) – Buat julung kalinya, BAKKIP UnIPSAS menganjurkan Kejohanan Bowling Piala Naib Canselor 2023. Seramai 60 Anggota kerja UnIPSAS mengambil bahagian. Ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi BAKKIP, YH Dato Dr Hj Ahmad Munawar bin Abdul Jalil dan seterusnya dirasmikan oleh Naib Canselor UnIPSAS YH Prof. Madya. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. ” Saya amat bangga kerana (BAKKIP) menganjurkan program seperti ini dan menggunakan tulisan jawi pada kain rentang kojohanan bowling. Menang atau kalah bukanlah matlamat utama, tetapi ukhwah dan silaturrahim sesama anggota kerja dapat dipupuk melalui kejohanan sukan seperti ini.”

Naib Canselor UnIPSAS mengucapkan tahniah kepada semua peserta . Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Kategori individu lelaki :
Johan : Muhamad Sokri Bin Husain
Naib Johan : Mohd safuan Bin Arifin
Ketiga : Mazlan Bin Sulaiman

Kategori individu wanita :
Johan : Zarina Kamaruzaman
Naib johan : Nurin Izzati
Ketiga : Khadijah

Kategori berkumpulan lelaki :
Johan : Mohd safuan Bin Arifin, Hafizan, Mohd Hafiz
Naib johan : Mazlan Bin Sulaiman, Hishamudin, Zamhana
Ketiga : Muhamad Sokri Bin Husain, Dr Fahmi Zaidi, Razif

Kategori berkumpulan wanita :
Johan : Zarina Kamaruzaman, Nur Elyana, Syarifah Fazilla
Naib Johan : Nurin Izzati, Siti Mariam, Nurul Afzan
Ketiga : Nur Diyana, Faizan, Yusliha

BANJIR : Status Semasa Keadaan Pelajar di Kampus UnIPSAS Terkawal

07 Februari 2023 (KUANTAN) – Situasi banjir di kampus asrama UnIPSAS adalah terkawal dan air sudah mula surut buat masa ini.

Sejak amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa, para pelajar di asrama telah dipindahkan ke tingkat atas. Setakat ini tiada laporan kemalangan berkait pelajar.

Kebajikan pelajar adalah menjadi keutamaan UnIPSAS. Justeru pelajar UnIPSAS akan ditaja makanan mereka sepanjang musibah yang menimpa.

Mangsa banjir telah diberi makanan percuma sejak malam semalam. InsyaAllah hari ini (Selasa 7 Feb 2023) makanan akan mula diedarkan kepada pelajar di Dewan Barakah jangkaan bermula jam 10.30 pagi).

Buat masa ini tiada keperluan untuk memindahkan pelajar-pelajar ke Pusat Pemindahan.

Pelajar-pelajar yang mengalami sebarang permasalahan boleh terus menghubungi pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Pihak HEPA juga memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dalam pengurusan bencana di asrama.

Segala kesulitan amat dikesali

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi En. Abi Sofian (Penolong Pendaftar HEPA) di talian 0136288144

HEPA UnIPSAS
9.28am 7 Feb 2023

ms_MYMalay