Majlis APC UnIPSAS 2021-2022

KUANTAN, 04 JANUARI 2024 – YB. Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaakob, Setiausaha Kerajaan Pahang telah hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Kesetiaan UnIPSAS bagi Tahun 2021 dan 2022.

Seramai 43 orang penerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang, 45 orang Penerima Anugerah Kesetiaan dan 16 Penerima Anugerah Khas Naib Canselor.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini merupakan suatu bentuk pengiktirafan dan penganugerahan atas prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2021 dan 2022 serta tanda penghargaan ikhlas atas segala khidmat bakti yang dicurahkan selama berkhidmat di UnIPSAS bumi barakah.

Anugerah Penyelidikan dan Inovasi UnIPSAS 2023

KUANTAN, 02 JANUARI 2024 – Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya, Kejayaan demi kejayaan telah terukir khususnya kepada UnIPSAS. Sekalung Penghargaan diucapkan kepada penerima Anugerah Penyelidikan dan Inovasi UnIPSAS sepanjang tahun 2023 antaranya:

Anugerah Kecemerlangan Geran Universiti kepada Fakulti Pengajian Islam,
Anugerah Kecemerlangan Inovasi kepada Fakulti Pengajian Bahasa & Asasi,
Anugerah Khas Geran Penyelidikan FRGS kepada Puan Siti Nur Marsitah & Dr. Safiah Abdul Razak,
Anugerah Kecemerlangan Geran Kontrak kepada Fakulti Syariah.

Pingat Perak Penang International Invention Innovation and Design (PIID) 2023 kepada Dr. Hasiah Mat Salleh,
Pingat Perak Invention, Innovation & Entrepreneurship Idea Exhibition (IIEE 2023) kepada Kumpulan Produk Inovasi Braille Odyssey: Alat Bantu Mengajar Flash Card Kod Braille,
Pingat Perak International University Carnival On E-Learning 2023 (IUCEL2023) kepada Kumpulan Produk Inovasi Development of Jawi Game on Mobile As aLearning Approach

Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan diserahkan kepada penerima, ketika Majlis Amanat Naib Canselor UnIPSAS Tahun 2024.

UnIPSAS Rangkul Platinum Anugerah APEC Pahang 1st 2023

KUANTAN, 15 DISEMBER 2023 – UnIPSAS telah menerima Anugerah Platinum bagi kategori Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) dalam Majlis Anugerah Pahang 1st yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan negeri dalam kecemerlangan tadbir urus institusi dan agensi di negeri Pahang.

Sejumlah 89 penyertaan diterima untuk pencalonan Anugerah Pahang 1st 2023. Sebanyak 41 agensi yang telah menyertai pencalonan Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Apec) Pahang 1st 2023. Daripada jumlah tersebut 7 agensi yang mendapat anugerah tertinggi kategori iaitu PLATINUM termasuk UnIPSAS.

Naib Canselor UnIPSAS, YH Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) di atas komitmen, usaha dan budaya kerja cemerlang yang telah ditonjolkan. Beliau juga menyeru agar semua AKU bersama-sama meneruskan budaya kerja berkualiti dan berintegriti serta sentiasa memperbaiki kelemahan.

Semoga UnIPSAS terus melakar kejayaan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta berteraskan Islam tersohor di negeri ini.

Sejarah Tercipta Kontinjen UnIPSAS Juara Keseluruhan Sukan MASISWA Zon Timur 2023

KUANTAN, 4 DISEMBER 2023: Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara IPTS Zon Timur (MASISWA 2023) setelah merangkul 3 pingat emas, 2 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

Naib Canselor UnIPSAS Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin menzahirkan rasa syukur dan gembira pada Majlis Aspirasi Atlet UnIPSAS sempena menyantuni atlet-atlet dan pegawai yang berjaya meraih Juara Keseluruhan pada temasya Sukan MASISWA tahun 2023. “Tahniah semua atlet dan pegawai, satu sejarah buat UnIPSAS dan penutup 2023 yang sangat baik” ujar beliau.

Sebanyak 17 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyertai Sukan MASISWA yang berlangsung dari 1 Disember hingga 3 Disember di KPTM Kota Bahru, Kelantan

Kontinjen UnIPSAS memperoleh kutipan pingat daripada acara tersebut:

3 Pingat Emas daripada sukan Catur, dan Ping Pong, 2 Pingat Perak diperoleh dari acara Catur, Manakala 5 Pingat Gangsa diperoleh dari acara Badminton, Catur dan Ping Pong.

Tahniah kepada semua atlet dan pegawai.

————————————————

Senarai nama penyumbang pingat untuk Kontinjen UnIPSAS

Pingat Emas : Catur Individu (Perempuan)
1. Siti Nursaihah Binti Mohd Yazib (Ijazah Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman)

Pingat Emas : Ping Pong Regu (Lelaki)
1. Wan Muhammad Iman Bin Wan Ibrahim (Ijazah Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman)
2. Che Muhammad Muazzin Bin Che Sawari ( Diploma Pengajian Quran dan Sunnah)

Pingat Emas : Ping Pong Regu (Perempuan)
1. Siti Aishah Izzati Binti Ahmad Sazali (Diploma Bahasa Arab)
2. Nur Mawaddah Binti Zahari (Diploma Pengajian Perniagaan)

Pingat Perak : Catur Individu (Lelaki)
1. Nur Dayan Danial Bin Abdullah (Diploma Syariah dan Undang-Undang)

Pingat Perak : Catur Berkumpulan (Lelaki)
1. Aiman Syafiq bin Adham (Diploma Pengurusan Kewangan Islam)
2. Muhammad Azhad Bin Kamal Shahrin (Ijazah Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman)
3. Nur Dayan Danial Bin Abdullah (Diploma Syariah Undang-Undang)
4. Ahmad Irfan Bin Zakaria (Ijazah Dakwah Islamiah Dengan Kepujian)

Pingat Gangsa : Ping Pong Individu (Lelaki)
1. Muhammad Alif Aiman Bin Mazlan (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik)

Pingat Gangsa : Catur Individu (Lelaki)
1. Muhammad Azhad Bin Kamal Shahrin (Ijazah Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman)

Pingat Gangsa : Ping Pong Regu (Perempuan)
1. Nur Syafira Syazlin Bt. Sulaiman (Diploma Pengajian Perniagaan)
2. Yasmin Nasuha Bt. Abdul Rahim (Asasi Sains Kemanusiaan)

Pingat Gangsa : Catur Berpasukan (Perempuan)
1. Siti Nursaihah Binti Mohd Yazib (Ijazah Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman)
2. Wan Norsalwani Binti Khairal Nizam (Ijazah Tahfiz AL-Quran Dengan Pengurusan Islam)
3. Nor Afiza Amira Binti Mohammad Afzu (Diploma Perakaunan)
4. Ainin Sofiya Binti Mat Yasin ( Diploma Syariah dan Undang-Undang)

Pingat Gangsa : Badminton Berpasukan
1. Nurul Izzah Binti Zulkifli ( Diploma Pengurusan Kewangan Islam)
2. Nurkhairun Najwa Binti Mohd Hairul NIzam ( Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik)
3. Nursyaza Ainaa Binti Ahmad Jaais (Diploma Syariah dan Undang-Undang)
4. Khairul Hazwan Bin Ruslan (Diploma Syariah dan Undang-Undang)
5. Muhammad Luqmanul Haqim Bin Ahmad
6. Muhammad Adib Bin Md Yusof (Diploma Syariah dan Undang-Undang)

Kontinjen UnIPSAS Ke Sukan IPTS Masiswa Zon Timur 2023

KUANTAN, 30 November 2023 – Amanat NC YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, membakar semangat atlet UnIPSAS ke kejohanan MASISWA Zon Timur 2023 , 1 Disember – 4 Disember 2023 di Kota Bahru, Kelantan. Kontinjen UnIPSAS seramai 60 orang atlet (37W/23L) dan 10 orang pegawai mewakili pasukan Bola Tampar, Futsal, Bola Jaring, Ping Pong, Badminton dan Catur.

Semoga Kontinjen UnIPSAS dapat memberi saingan yang baik dan bertanding dengan penuh semangat kesukanan demi mengharumkan nama Universiti.

SELAMAT BERTANDING DAN SEMOGA BERJAYA. AMIN….

#unipsashogoh
#unipsashogoh
#unjpsashogohogohogoh

Program Kepimpinan Pelapis Negeri Pahang

PEKAN, 21-28 NOVEMBER 2023 – Berlangsungnya Program Latihan Kepimpinan Kanan Pelapis Negeri Pahang yang anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Pusat Penjanaan Hasil Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Program yang diadakan di Hotel AnCasa Royale, Pekan ini dihadiri oleh barisan-barisan pegawai kanan dan majlis tertinggi kerajaan seramai 40 orang.

Modul Pengurusan Strategik mendedahkan para peserta mengenai topik – topik berikut Basic Concepts Of Strategic Management, Scanning The Environment, Strategy Formulation, Current Issues In Strategic Management dan Best Practices In Real-Life Strategic Management.

Barisan panel terdiri daripada individu-individu yang pakar dalam bidang masing-masing antaranya YH Dato’ Dr.Muhammad bin Muda (Pengerusi Lembaga Pengelola UnIPSAS), YH Prof Adj Dato’ Ahmad Saruji bin Abdul Aziz (CEO & MD Amanah Warisan Berhad) serta YBhg. Prof. Dato Abdul Aziz bin Ab. Latif (Profesor Pelawat DRB-Hicom University of Automotive Malaysia).

Lawatan Penanda Aras ke Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT

PUTRAJAYA, 15 November 2023 – RMC UnIPSAS telahpun mengadakan Lawatan Penanda Aras ke BKPI Putrajaya. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk mendapatkan bimbingan dan juga panduan tentang pengurusan geran-geran di UnIPSAS. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh pengarah BKPI, YBhg. Prof. Eur. Ing. Ts. Dr. Shahiron bin Shahidan. Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah YBrs. Ts. Inv. Dr. Mohammad bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan KPPK.

Lawatan Penanda aras dari UnIPSAS ini disertai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi YBrs. Dr. Norahida Mohamed, YBrs. Dr. Nur Yani Che Hussin (Pengarah RMC), YBrs. Dr Fahmi Zaidi Abdul Razak ( Pengarah PPS), Cik Aulia Fahada Misaridin ( Timb. Peng. Penyelidikan & Geran), En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus (Timb. Peng. Ptd. & Kewangan), Puan Che Nur Afiqah Mohammad (KU Latihan) dan Puan Lydiawati Hassan Busry (KU Geran Luar), Ts. Anis Azzyaty bt. Mokhtar (KU inovasi dan Cik Nor Aqilah Pembantu Pejabat PI.

Semoga lawatan ini membantu meningkatkan kualiti & segala proses urus tadbir dan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi di UnIPSAS.

Bengkel How To Be An Effective Supervisor 2.0

KUALA TERENGGANU, 3 – 5 November 2023 – Hotel Grand Continental Kuala Terengganu menjadi saksi kepada perhimpunan para pensyarah merangkap penyelia yang bermotivasi tinggi dalam satu bengkel bertarikh 3 hingga 5 November 2023. Acara bengkel bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan penyelia, terutamanya dalam aspek metodologi penyelidikan.

Bengkel ini dirasmikan oleh YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). Dalam ucapan perasmian, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin menyatakan kepentingan penyelia yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam penyelidikan. Para penyelia juga disarankan untuk kekal bermotivasi dan komited dalam aktiviti penyeliaan demi memastikan kualiti penyelidikan calon pasca siswazah terjamin.

Bengkel ini diterajui oleh fasilitator dari Pusat Pengurusan Siswazah UnIPSAS, yang diketuai oleh Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah teknik menjadi penyelia yang berkesan. Peserta turut mendalami ilmu dan pengalaman penyelia dalam dunia penyelidikan. Bagaimanapun, aspek yang tidak kurang penting adalah peranan penyelia sebagai seorang mentor kepada pelajar-pelajar yang mereka bimbing.

Bengkel ini telah memberi peluang kepada penyelia untuk memperkukuhkan kemahiran mereka dalam menangani aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh calon seliaan masing-masing. Dengan pengetahuan yang diperoleh dalam bengkel ini, diharapkan penyelia akan mampu memberi dorongan dan bimbingan yang lebih baik kepada pelajar mereka.

Inisiatif seperti bengkel ini membuktikan komitmen UnIPSAS dalam menghasilkan penyelia-penyelia yang berkualiti dan berpengetahuan dalam dunia penyelidikan. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang lebih baik, para penyelia ini akan mampu melahirkan generasi penyelidik yang cemerlang pada masa depan.

Naib Canselor UnIPSAS ke Pejabat Kementerian Sains Teknologi & Inovasi Sabah

SABAH , 01 November 2023 -Kunjungan Hormat YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin Naib Canselor UnIPSAS ke Pejabat Kementerian Sains Teknologi & Inovasi negeri Sabah. Delegasi UnIPSAS disambut oleh Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Lawatan Kerja Delegasi UnIPSAS Ke Sabah

SABAH , 30 Oktober 2023 – Delegasi UnIPSAS disambut oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Tuan Mohd Zaini Yanin dan Pengetua sekolah Agama cawangan Kota kinabalu.

Lawatan Kerja ini bertujuan untuk memberi pendedahan khusus kepada setiap Pengetua dan wakil Sekolah Agama mengenai peluang menyambung pengajian di UnIPSAS ke peringkat yang lebih tinggi.

ms_MYMalay