Ibadah Korban KUIPSAS 1442H Berjalan Lancar

KUANTAN 21 JULAI 2021 | Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin turut bergotong royong melapah daging lembu ibadah korban di perkarangan Masjid KUIPSAS. 5 ekor lembu dan 3 ekor kerbau berjaya ditumbangkan. Turut serta menjayakan, beberapa orang kakitangan dan petugas melapah daging pada majlis korban tersebut.

 

Kelab Kokurikulum Bantu PKRC

26 Mei 2021 (KUANTAN) – Kelab-kelab pelajar yang bernaung di bawah Kokurikulum Wajib KUIPSAS seperti Kelab Khidmat Masyarakat dan Kelab Taekwando telah menyelaraskan bantuan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang beroperasi di KUIPSAS.
Sumbangan yang diterima daripada orang ramai dimanfaatkan oleh Kelab-Kelab Koko Wajib dengan menyediakan makanan dan minuman ringan untuk diagihkan kepada pesakit-pesakit di PKRC Kuantan.
Sumbangan diserahkan kepada Ketua Operasi PKRC KUIPSAS, Dr. Rohaya Bt Muda.

Bantu Palestin Melalui Jihad Ilmu

21 Mei 2021 (KUANTAN) – Kita boleh memainkan peranan membantu umat Islam di Palestin dengan melakukan Jihad Ilmu iaitu memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai sejarah dan perkembangan semasa di Palestin kepada orang ramai. Demikian menurut YBrs. Dr. Safiah binti Abd. Razak, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dalam Program Tazkirah Duha KUIPSAS bertajuk “Panggilan Jihad Di Bumi Palestin” pada pagi ini.
Tazkirah Duha KUIPSAS diadakan secara dalam talian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebahagian besar Anggota Kerja KUIPSAS sedang Bekerja Dari Rumah (BDR).
Menurut Dr. Safiah lagi, umat Islam juga boleh melakukan Jihad Harta dengan menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara Muslim di Palestin bagi meningkatkan rasa kebersamaan sesama umat Islam.

KUIPSAS Hantar Permohonan Tubuh Yayasan

11 Mei 2021 (PUTRAJAYA) – KUIPSAS telah melengkapkan dokumen permohonan untuk menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Amanah Tuanku Canselor (YATC). Dokumen tersebut telah dihantar oleh Bendahari KUIPSAS, Hj. Mohd Faizul Bin Abdul Hadi Nor sambil diiringi oleh Pegawai Khas Rektor, En. Wan Emril Nizam bin Wan Embong untuk didaftarkan ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.
Dokumen permohonan tersebut telah diserahkan kepada Puan Fathiah Nazihah Binti Muhamad Adli, Penolong Pengarah, Seksyen Dasar, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Yayasan Amanah Tuanku Canselor (YATC) ini apabila ditubuhkan secara rasmi nanti akan berperanan dalam memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS samada pelajar antarabangsa dan tempatan yang memerlukan bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan lebih sempurna.

Jom Baca Bersama 10 Minit

Jom Baca Bersama… 10 Minit jer…
Khamis, 22 April ni… Pukul 11 hingga 11:10 pagi..

Program ini diadakan secara serentak seluruh negara.

“Baca Itu Terapi”

#malaysiamembaca #pahangmembaca #kuipsasmembaca

Tadarus Al-Quran Semarakkan Ramadan

13 April 2021 (KUANTAN) – Program Tadarus Al-Quran dianjurkan oleh Pusat Islam Masjid KUIPSAS untuk menyemarakkan lagi suasana beramal ibadah di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Program Tadarus Al-Quran ini melibatkan semua Anggota Kerja KUIPSAS dan diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu bermula jam 8.00 pagi sepanjang bulan Ramadan ini.

 

Pelajar Di Rumah Sewa Terima Sumbangan Ramadan

12 April 2021 (KUANTAN) – Menjelang ketibaan Ramadan tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) KUIPSAS menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada pelajar yang tinggal di rumah-rumah sewa sekitar KUIPSAS.
Sumbangan yang disalurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Rektor HEPA sambil diiringi oleh Pegawai-Pegawai Jabatan HEPA KUIPSAS.

Majlis Kenduri Kesyukuran KUIPSAS Kini Universiti Penuh

KUANTAN | 05 April 2021 – Majlis Kenduri kesyukuran KUIPSAS Kini Universiti Penuh

 

 

KUIPSAS Terima bas Baharu

5 April 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS menambah lagi kemudahan pengangkutan dengan menerima sebuah bas baharu pada hari ini. Bas tersebut diserahkan oleh YB. Dato’ Sri Dr. Hj. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. dalam Majlis Penyerahan Bas Baharu yang diadakan di Perkarangan Bangunan Canselori KUIPSAS.
Bas yang boleh memuatkan 33 orang penumpang itu berkelajuan 5193cc diperoleh dengan pembiayaan bersama di antara KUIPSAS dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Sumbangan MUIS Untuk Pelajar Sabah Di KUIPSAS

KUANTAN 31 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima sumbangan yang sampaikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif . Sumbangan ini daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bernilai RM430,700 kepada pelajar-pelajar Sabah yang menuntut di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Tahun 2021.

 

ms_MYMalay