18 MEI 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS hari ini mengadakan Bengkel Pelan Strategik bagi tahun 2022-2026 bertempat di Dewan Senat UnIPSAS. Bengkel dikendalikan oleh YBrs. Prof. Dr. Fariza Bt. Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM yang merupakan Profesor Pelawat UnIPSAS.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak draf Pelan Strategik yang telah disediakan oleh pihak Pengurusan UnIPSAS.
12 MEI 2022 (KUANTAN) – Empat orang calon Doktor Falsafah Pengajian Islam telah selesai membentang Cadangan Kajian mereka dalam sesi pembentangan yang diadakan di Dewan Senat UnIPSAS pada hari ini.
Mereka terdiri daripada YH. Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin, Ustaz Mohd Azmi Othman, Ustaz Azrul Hisyam Mohamad Rasidi dan Ustazah Norillah Abdullah Hassim.
Turut hadir dalam Sesi Pembentangan ialah Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dan Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UnIPSAS.
(29 April 2022), YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang selaku Pengerusi Sistem Pendidikan Islam Pahang (SPIPSB) mewakili UnIPSAS menyerahkan cek pembayaran Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2020 sebanyak RM50,000 kepada YH. Dato’ Hj. Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) pada jam 9.00 pagi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang.
Turut hadir di dalam upacara tersebut ialah YH. Prof Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin (Naib Canselor), YBrs. Dr. Muhammad Hafiz bin Yakub (Pendaftar) dan Hj. Mohd Faizul bin Abdul Hadi Nor (Bendahari).
Didoakan semoga UnIPSAS sentiasa dibawah rahmat ilahi dan terus mengekalkan kecemerlangan.
Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang Darul Makmur
24 APRIL 2022 (KUANTAN) – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) menganjurkan Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang Darul Makmur pada hari ini bertempat di Auditorium Tuanku Canselor UnIPSAS.
Majlis disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir ialah YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang.
Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang Darul Makmur ini merupakan satu cetusan idea daripada Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang komited untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berpretasi tinggi, berintegriti dan cekap dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ‘stakeholders’ di samping meningkatkan kecekapan dan hasil Kerajaan Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk mewujudkan Pusat Latihan Negeri Pahang secara kolaborasi bersama UnIPSAS bagi melaksanakan program ini kepada pegawai-pegawai lantikan baharu Negeri Pahang termasuklah lantikan oleh SPA Pahang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Seramai 156 orang peserta daripada pelbagai jabatan Negeri Pahang telah menyertai program ini.
Mereka telah mengikuti tiga (3) Komponen Pengajian iaitu Profesionalisme, Pembangunan Modal Insan dan Pengajian Islam dengan jumlah jam kehadiran selama 90 jam.
Di akhir majlis ini, Cik Nurul ‘Atikah binti Mohamed dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diumumkan sebagai Graduan Penerima Anugerah Pelajar Terbaik.
14 APRIL 2022 (KUANTAN) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan hari ini menyerahkan Bangunan Canselori UnIPSAS kepada pelanggannya Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang dalam Majlis Penyerahan Cadangan Naik Taraf Bangunan Menara Hikmah Sebagai Bangunan Canselori UnIPSAS.
Serahan dilakukan oleh Jurutera Daerah Kuantan, Puan Ir. Azlizu Binti Baharuddin kepada Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
Dalam ucapannya, Ir. Azlizu menyatakan rasa gembira kerana projek ini dapat disiapkan walaupun berhadapan dengan situasi wabak dan bencana banjir. Sementara itu, Dato’ Hj. Mohd Zawavi pula menyatakan hasrat UnIPSAS untuk memiliki Bangunan Canselori telah dimakbulkan sesuai dengan status sebagai sebuah universiti penuh.
Projek naik taraf yang bernilai RM1.5 juta dan mengambil masa 5 bulan itu merangkumi kerja-kerja naik taraf Lobi Pentadiran, Ruang Makan VIP, Dewan Senat, Pejabat Pengurusan Kanan, Bilik Canselor, Bilik Naib Canselor, Bilik Mesyuarat serta membina baru bangunan melibatkan Laluan Berbumbung dan Kantin.
MUIP Sumbang Kenderaan
12 APRIL 2022 (KUANTAN) – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbangkan dua buah kenderaan untuk dijadikan kenderaan rasmi UnIPSAS.
Penyerahan sumbangan dilakukan oleh YH. Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP kepada Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dalam satu majlis ringkas di UnIPSAS.
Dua buah kenderaan tersebut ialah Toyota Hiace Window Van 2.7 dan Toyota Hilux Double Cab 2.5 (A).
Kedua-dua kenderaan ini akan dapat dimanfaatkan untuk membantu pergerakan Anggota Kerja UnIPSAS serta pengangkutan barang-barang ke lokasi-lokasi program.
YaPEIM Sumbang Bantuan Pasca Banjir
12 APRIL 2022 (KUANTAN) – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan kepada UnIPSAS melalui Program Bantuan Pasca Banjir YaPEIM (Barangan) yang diadakan di Dewan Sultan Ahmad Shah UnIPSAS.
Sumbangan yang bernilai RM10,000 dalam bentuk barangan itu terdiri daripada 4 unit mesin penyejuk air, 1 unit mesin basuh dan 1 unit mesin pembersih hampagas disampaikan oleh Puan Nor Khalilah Hanim Binti Hamid, Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Pahang.
Sumbangan ini dapat membantu UnIPSAS untuk menyediakan semula kemudahan-kemudahan kepada siswa/wi di blok-blok asrama penginapan yang telah terjejas ketika bencana banjir pada bulan Disember 2021 yang lalu.
Manfaatkan Ramadan Dengan Amal Ibadah
1 APRIL 2022 (KUANTAN) – Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) diseru untuk memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan aktiviti dan amal ibadah. Ini bagi memastikan objektif ibadah puasa iaitu ketaqwaan kepada Allah akan dapat dicapai pada penghujungnya nanti.
Demikian menurut Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin ketika menyampaikan Ucapan Aluan sempena Program Perhimpunan Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang Dan Cintai Negara Peringkat UnIPSAS bagi bulan April 2022.Perhimpunan yang diadakan di Auditorium Tuanku Canselor dan dihadiri oleh semua AKU itu turut menyaksikan penyampaian Hadiah Inovasi 2021, Penyampaian Surat Tawaran Keputusan Dana Universiti 2022 serta Taklimat Berkenaan Tabung Haji.
Perhimpunan turut menarik perhatian AKU dengan pengumuman dan penyerahan Surat Lantikan kepada barisan Pengurusan Kanan UnIPSAS yang baharu berkuat kuasa 1 April 2022.
UnIPSAS Jalani Audit pematuhan MS/ISO
3 MAC 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS akan menjalani Audit Pematuhan MS 1900:2014 dan ISO 9001:2015 selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok.
Audit Pematuhan ini kali pertama diadakan selepas UnIPSAS berjaya mendapat penyambungan tempoh Pensijilan MS/ISO pada sesi audit tahun lepas.
Audit akan dikendalikan oleh dua orang Auditor SIRIM iaitu Cik Hajah Hanida Ghazali dan En. Mohd Hisyam Mahadi.
Dalam Ucapan Aluan sempena Mesyuarat Pembukaan, Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin menyatakan komitmen UnIPSAS untuk terus mengamalkan pengurusan berkualiti.
Beliau juga menyatakan bahawa pada tahun ini UnIPSAS akan melaksanakan beberapa langkah untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan penghayatan semua Anggota Kerja UnIPSAS terhadap pelaksanaan MS/ISO.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Lawat UnIPSAS Sampaikan Amanat
24 FEBRUARI 2022 (KUANTAN) – Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini b. Omar mengadakan Perjumpaan Bersama Pengurusan Kanan dan Anggota Kerja UnIPSAS sempena Lawatan Kerja ke UnIPSAS pada hari ini.
Delegasi beliau disertai oleh YBrs. Dr. Wan Baharudin Bin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Standard Swasta, Encik Mat Hassan Bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren bin Md Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, YBhg. Dato’ Mohd Sharil bin Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Pengarah Bahagian Governan IPTA dan YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Pengarah Bahagian Education Malaysia.
Dalam Perjumpaan Bersama Pengurusan Kanan UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS memberikan taklimat perkembangan terkini UnIPSAS khususnya selepas dinaikkan taraf menjadi universiti penuh.
Program diteruskan dengan Perjumpaan Ketua Pengarah Bersama Anggota Kerja UnIPSAS di Dewan Sultan Ahmad Shah. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini menyentuh dan mengupas lanjut 7 Hala Tuju Strategik KPT Tahun 2022 sebagaimana yang disampaikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dalam Amanat Tahun 2022 baru-baru ini.
Sempena program ini juga turut disaksikan Penyampaian Watikah Pelantikan Profesor Pelawat kepada YBrs. Prof. Dr. Fariza Md Sham dan Gimik Penyerahan Permohonan Penjana KPT-CAT.