UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

20 SEPTEMBER 2022 (KUANTAN) – Majlis Mini Konvokesyen telah dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI) UnIPSAS bagi meraikan 16 orang graduan yang tidak dapat menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS pada Oktober nanti.

Mereka merupakan graduan diploma dalam bidang Muamalat, Syariah, Quran Sunnah, Bahasa Arab dan Dakwah yang akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda pada tahun ke-2 dan tahun ke-3 di Universiti Mu’tah Jordan dan Universiti Al-Azhar Mesir.

Penghantaran graduan UnIPSAS ke negara Mesir dan Jordan ini merupakan pengiktirafan yang diterima melalui Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani di antara UnIPSAS dengan universiti berkenaan.

Dalam majlis tersebut, diploma telah disampaikan oleh Naib Canselor UnIPSAS, Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Timbalan Dekan serta pensyarah-pensyarah FPI.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan.

Loading...