UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

30 OGOS 2022 (KUANTAN) – Iktibar daripada Surah Yusuf ayat 47-49 mengenai kisah negara Mesir yang dilanda kemarau dapat ditangani dengan perintah Nabi Yusuf supaya bercucuk tanam dan menyimpan hasil tanaman menggambarkan kepentingan menyimpan hasil untuk digunakan pada masa hadapan.

Demikian menurut Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Program Financial Well-Being yang dianjurkan oleh UnIPSAS dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuantan di Auditorium Tuanku Canselor UnIPSAS.

Beliau turut berterima kasih kepada KWSP yang telah memperkenalkan simpanan patuh syariah yang dilihat penting untuk mendapatkan keberkatan dalam simpanan para pencarum.

Dalam majlis itu juga, beliau mengumumkan UnIPSAS bersetuju untuk menaja sebanyak RM2,000 kepada 200 orang siswa/wi UnIPSAS daripada keluarga asnaf bagi membuka akaun i-Saraan KWSP.

Tajaan disampaikan sendiri oleh beliau kepada Hj. Jeffary bin Mohamed Isa, Ketua Wilayah KWSP Wilayah Timur. Turut hadir adalah Encik Mohamed Zubir bin Alias, Ketua KWSP Kuantan, Puan Wan Masrurah binti Manaf, Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP dan Pengurusan Kanan UnIPSAS.

Program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai pengurusan kewangan berhemah dan kepentingan simpanan persaraan itu dihadiri 400 orang terdiri daripada Anggota Kerja UnIPSAS dan siswa/wi UnIPSAS.

Loading...