UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

4 Julai 2022, Kuantan – Dalam meningkatkan kecenderungan usaha membantu pelajar dalam aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang, FAMA Negeri Pahang telah hadir ke UnIPSAS bagi membentangkan program New Breed Marketing Enterpreneur (NBME) dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi seperti UnIPSAS.

YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS berkata, UnIPSAS sentiasa mengalukan sebarang program yang meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar dan menyambut baik program yang dianjurkan oleh FAMA Pahang.

Selain UnIPSAS terpilih sebagai destinasi penganjuran Program NBME oleh FAMA, pelajar UnIPSAS akan pendedahan keusahawanan dari projek rumah cendawan dan projek penanaman hydroponic di UnIPSAS.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pengarah FAMA Negeri Pahang, YBhg. Encik Saiful bin Sadri dan delegasi yang disampaikan oleh Naib Canselor UnIPSAS. Turut hadir sama Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UnIPSAS, YBhg. Encik Abi Sofian bin Abdul Aziz serta Penolong Pegawai Belia & Sukan, Jabatan HEPA, Encik Mohd Nor Hafizan bin Abdul Hamit.

Loading...