UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

25 – 27 Jun 2022, Kuantan – Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 yang disertai oleh muallaf dari kalangan orang asal.

Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al – Quran, hafazan, syarahan, azan dan iqamah, serta nasyid, termasuk acara sukan seperti pertandingan bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

Acara tiga hari itu yang bertempat sepenuhnya di kampus UnIPSAS, telah diurusetia secara bersama pegawai daripada MUIP, JAIP serta kakitangan dan pelajar UnIPSAS.

Seramai 25 orang pelajar UnIPSAS telah diberi peluang menimba pengalaman menjadi urusetia dari mula pendaftaran sehingga tamat program.

Peluang mengacara majlis, menjadi juri penilai, mengurus acara, dan pelbagai lagi adalah merupakan pembelajaran luar kelas yang penting dalam meningkatkan kemahiran insaniah.

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah yang berlangsung di Auditorium Tuanku Canselor pada 27 Jun 2022 telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan diiringi oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

#kemenjadian

#keterampilan

#kebajikan

Loading...