UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

24 APRIL 2022 (KUANTAN) – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) menganjurkan Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang Darul Makmur pada hari ini bertempat di Auditorium Tuanku Canselor UnIPSAS.

Majlis disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir ialah YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang.

Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang Darul Makmur ini merupakan satu cetusan idea daripada Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang komited untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berpretasi tinggi, berintegriti dan cekap dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ‘stakeholders’ di samping meningkatkan kecekapan dan hasil Kerajaan Negeri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk mewujudkan Pusat Latihan Negeri Pahang secara kolaborasi bersama UnIPSAS bagi melaksanakan program ini kepada pegawai-pegawai lantikan baharu Negeri Pahang termasuklah lantikan oleh SPA Pahang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Seramai 156 orang peserta daripada pelbagai jabatan Negeri Pahang telah menyertai program ini.

Mereka telah mengikuti tiga (3) Komponen Pengajian iaitu Profesionalisme, Pembangunan Modal Insan dan Pengajian Islam dengan jumlah jam kehadiran selama 90 jam.

Di akhir majlis ini, Cik Nurul ‘Atikah binti Mohamed dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diumumkan sebagai Graduan Penerima Anugerah Pelajar Terbaik.

Siaran Secara Langsung melalui Facebook Page UnIPSAS fb.com/unipsasofficial

Tahniah diucapkan kepada semua graduan.

Loading...