UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

8 FEBRUARI 2022 (KUANTAN) – UnIPSAS telah menerima kehadiran seorang ulamak hadis terkenal dunia iaitu Al-Fadil Al-Syeikh Dr. Abdelkarim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawi dan dilantik sebagai Felow Hadis UnIPSAS. Sebagai Felow hadis UnIPSAS, Al-Fadil Al-Syeikh akan bersama Akademi Hadis (AHad) UnIPSAS untuk menyemarakkan lagi aktiviti pengajian ilmu agama melalui program-program yang telah dirancang.

Program-program tersebut merangkumi Diskusi Kitab-Kitab Hadis, Syarahan Hadis Perdana, Syarahan Pengajaran-Pengajaran dari Hadis melalui Youtube Akademi Hadis, Syarahan Hadis melalui Facebook Live UnIPSAS, Daurah Hadis peringkat kebangsaan, Bengkel Hadis untuk guru-guru Hadis Jabatan Agama Islam Pahang dan lain-lain lagi.

Beliau yang dilahirkan di Mansurah Mesir pada 19 Mei 1955 merupakan pendakwah hebat dalam bidang Bahasa Arab, Hadis, Fiqh Al-Syafie, Tasawwuf, Usuluddin dan lain-lain lagi. Di samping itu beliau juga mempunyai ilmu dalam bidang perubatan.

Kemahiran Al-Fadil Al-Syeikh dalam bidang ilmu hadis adalah sangat mengagumkan sehingga diiktiraf oleh gurunya iaitu Sheikh Abu Al Hasan An-Nadwi sebagai seorang yang mempunyai kealiman yang sempurna dalam ilmu hadis.Watikah Pelantikan beliau disampaikan oleh YB. Dato’ Saiful Edris bin Zainuddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 UnIPSAS yang diadakan di Auditorium Tuanku Canselor.

Jadual program beliau sepanjang berkhidmat sebagai Felow Hadis UnIPSAS akan dikemaskini oleh Akademi Hadis UnIPSAS di laman Facebook Akademi Hadis – AHad#felowhadis#syeikhmustafaalnadawi#hadis#ulamak#akademihadisunipsas#unipsas#unipsasbumibarakah– –Ikuti UnIPSAS di Telegram : t.me/unipsas dan Twitter : twitter.com/unipsasofficial

Loading...